Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Prototaip Pesawat “KFX” Yang Pertama Akan Siap Bulan Depan

0 902

DEFENCE SECURITY ASIA) – Bulan depan, prototaip pesawat pejuang gen 4.5 yang pertama dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) iaitu “KF-X” akan didedahkan kepada seluruh dunia.

Prototaip pesawat yang pertama itu sudah pun siap kira-kira 92 peratus.

KFX

Secara keseluruhannya, KAI membangunkan lapan buah prototaip pesawat KF-X secara serentak dengan empat daripadanya sudah pun mencapai tahap akhir pembangunan dan hampir siap.

Enam daripada prototaip pesawat KF-X itu akan digunakan ujian penerbangan manakala dua yang lain akan digunakan untuk ujian di darat. Dua prototaip pesawat KF-X adalah dalam versi dua tempat duduk. Pembangunan untuk prototaip pesawat yang kedua dan ketiga akan diselesaikan pada akhir tahun ini manakala pembangunan pada prototaip pesawat keempat dan keenam dijangka siap pada tahun hadapan.

KFX

Menurut laporan media, pesawat KF-X dijangka melakukan penerbangan pertama pada Julai tahun depan diikuti oleh pelbagai ujian di darat.

Keseluruhan pembangunan pesawat KF-X dijangka siap pada tahun 2026 dimana ia akan memasuki perkhidmatan angkatan tentera Korea selepas itu.

Tahap localization pesawat KF-X adalah tinggi dengan penggunaan komponen tempatan bagi radar AESA mencapai 89 peratus, IRST 37 peratus, EW Suite 77 peratus dan EO TGP pula mencapai 82 peratus.

KF-X ini adalah projek usahasama di antara KAI dengan syarikat Lockheed Martin daripada Korea Selatan untuk memenuhi keperluan tentera Korea Selatan.

Saiz KF-X ini adalah lebih besar daripada F-16 dan menyamai saiz FA-18 Hornet.

Program pembangunan pesawat KFX ini bermula pada 2016, dengan tentera udara Korea Selatan dijangka membeli 120 buah pesawat itu untuk menggantikan pesawat-pesawat pejuang F-4 Phantom dan F-5E.

KF-X akan menggunakan enjin F414 buatan GE Aviation yang turut digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang seperti FA-18 Hornet, JAS Gripen dan HAL Tejas.

Bagi sistem avionic pula, ia akan menggunakan sistem tempatan serta daripada syarikat Israel, manakala bagi persenjataan pula ia adalah kombinasi sistem daripada Eropah dan Amerika Syarikat.

KFX

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...