LHD “TCG Anadolu” Bakal Bawa Tentera Turki Ke Pentas Antarabangsa

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal amphibious assault ship Turki yang pertama,” TCG Anadolu”akan membolehkan tentera negara itu beroperasi di medan-medan konflik yang jauh daripada sempadannya, menjadikan Turki sebagai kuasa pertengahan dunia.

Negara Mediterranean itu yang melihat tenteranya terlibat secara aktif di Syria, Libya dan Azerbaijan bakal menjadi lebih aktif di konflik-konflik luar dimana Turki mempunyai kepentingan apabila TCG Anadolu itu siap sepenuhnya (dijangka tahun ini) dan lagi dua tahun diperlukan sebelum ia boleh beroperasi.

TCG Anadolu

So pemerhati-pemerhati pertahanan bolehlah menjangkakan bahawa Turki bakal menjadi pemain yang lebih aktif di dalam percaturan politik dan strategik di rantau berhampiran dengannya terlebih dahulu, sebelum meluaskannya ke peringkat antarabangsa. Ia membayangkan kemampuan untuk beroperasi sehingga di utara Lautan Hindi dan Lautan Atlantik.

Sebagaimana Presiden Recep Tayyep Erdogan katakana minggu lepas selepas melancarkan kapal friget “Istanbul” buatan tempatan, negara itu perlu memiliki kekuatan dalam bidang ketenteraan, diplomatik dan ekonomi. Menurut Erdogan lagi, kekuatan dalam ketenteraan, diplomatik dan ekonomi bukan lagi satu pilihan kepada Turki tetapi adalah suatu kemestian kepada negara itu.

TCG Anadolu di Limbungan kapal Sedef, Istanbul

Malah pada ketika ini pun, tentera Turki adalah yang kedua terbesar di dalam NATO.

Selepas TCG Anadolu, Turki dijangka membina kapal LHD kedua yang dinamakan TCG Trakya.

Sebenarnya TCG Anadolu ini bukan hanya sebuah amphibious assault ship atau landing helicopter deck (LHD) semata-mata, tetapi ia sebenarnya adalah sebuah kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) bersaiz sederhana.

Dibina di limbungan kapal Sedef di Istanbul, kapal TCG Anadolu ini memiliki sekurang-kurangnya 70 peratus komponen tempatan walaupun rekabentuk kapal itu dilakukan di luar negara.

Kapal ini yang direkabentuk seperti LHD Juan Carlos 1 adalah seberat 27,000 tan dan sepanjang lebih kira-kira 300 meter panjang.

Ia akan membawa sekurang-kurangnya 14 buah helikopter termasuk helikopter penyerang T129 Atak, Sikorsky S-70 Seahawk untuk tugas-tugas anti-submarine warfare dan helikopter pengangkut berat, Chinook.

TCG Anadolu juga boleh membawa pesawat Short Take Off Vertical Landing (STOVL) seperti F-35B STOVL, tetapi memandangkan Turki telah dikeluarkan daripada program itu maka ia terpaksa mencari pilihan lain untuk pesawat pejuang jenis itu.

Ia juga mampu membawa satu battalion anggota tentera yang lengkap dengan lebih 20 buah kereta kebal utama, kereta perisai dan lain-lain bagi membolehkan mereka beroperasi di negara luar tanpa memerlukan sebarang pengkalan di darat.

Untuk sistem pertahanan diri, kapal akan dilengkapi dengan sistem meriam Phalanx 20mm close-in-weapon-system (CIWS) dan peluru berpandu RAM.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Landing Helicopter DeckRecep Tayyep ErdoganTCG AnadoluTurki
Comments (2)
Add Comment