Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Amerika Tambah Kapal Perang Di Laut Hitam, Russia Kerah “Bastion”

0 713

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Tentera Laut Amerika Syarikat menghantar sebuah lagi kapal perangnya ke Laut Hitam, beberapa hari selepas laporan mengatakan pesawat-pesawat pejuang Russia mengadakan “simulasi serangan” terhadap kapal pemusnah kelas Arleigh Burke, USS Donald Cook.

Beberapa jam lalu, sebuah lagi kapal pemusnah kelas Arleigh Burke, USS Porter dilaporkan belayar di Selat Bosphorus dalam perjalanan ke Laut Hitam untuk menyertai USS Donald Cook dan USNS Laramie, sebuah kapal replenishment oiler.

(Kementerian Pertahanan Russia mengeluar video kerahan sistem peluru berpandu anti-kapal pesisir pantai “Bastion” ke Semenanjung Crimea)

Ini menjadikan keseluruhan bilangan kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat di Laut Hitam pada ketika ini adalah tiga buah.

Pada 23 Januari lepas, enam buah pesawat pejuang Russia terdiri daripada dua buah Su-27, dua buah Su-24 dan dua buah Su-30 yang berlepas daripada pengkalan udara di Semenanjung Crimea telah melakukan simulasi serangan terhadap kapal USS Donald Cook yang sedang menjalankan tugas-tugas rondaan di Laut Hitam.

Bastion
Sistem “Bastion”

Sebagaimana yang kita tahu, pada 2014 tentera Russia telah menakluk (annexed) Semenanjung Crimea daripada Ukraine dan semenjak daripada insiden penjajahan itu, keadaan di Laut Hitam sentiasa bergolak dengan tindakan provokasi daripada kedua-dua tentera.

Hari ini, Kementerian Pertahanan Russia telah menyiarkan rakaman kerahan sistem peluru berpandu anti-kapal pesisir pantai “K-300P Bastion” ke beberapa kedudukan di Semenanjung Crimea, sempena “lawatan” USS Donald Cook dan kini USS Porter ke Laut Hitam.

Sistem “K-300P Bastion” ini menggunakan peluru berpandu “Oniks/Yakhont” yang memiliki jarak maksimum sehingga 350km, membawa di antara 200 hingga 250kg bahan peledak.

Sistem peluru berpandu ini akan memastikan tiada kapal perang asing menghampiri kawasan pesisir pantai Semenanjung Crimea.

Laut Hitam
Pelancaran sistem peluru berpandu “Bastion”.
Laut Hitam
Kapal replenishment USNS “Larramie”
Laut Hitam
Kapal pemusnah kelas Arleigh-Burke “USS Donald Cook

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...