Filipina Semakin Hampir Peroleh Kapal Selam “Scorpene”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Setiausaha Luar Filipina Teddy Locsin dalam satu ciapan menerusi akaun Twitter miliknya mengatakan bahawa negara itu akan mendapatkan dua buah kapal selam “Scorpene” bagi tentera lautnya.

Jika ciapan beliau itu benar, maka Filipina akan menjadi negara kedua di Asia Tenggara selepas Malaysia yang menggunakan kapal selam diesel-elektrik “Scorpene” buatan Perancis.

“We’re getting two French submarines along with the full training over years of several rotations of crew,”katanya dalam ciapan Twitter itu. (Kami akan memperolehi dua buah kapal selam Perancis dengan pakej latihan yang penuh.” (terjemahan).

Setiausaha Luar Filipina itu berkata demikian ketika mengulas latihan bersama antara kapal selam berkuasa nuklear Perancis “FS Emeraude” dengan kapal-kapal tentera laut Amerika Syarikat dan Jepun di Lautan Pasifik baru-baru ini. Beliau juga berkata, kerajaan Filipina di bawah Presiden Duterte akan berusaha mempertahankan kedaulatan negara itu.

Kenyataan Locsin itu juga menyusul keputusan syarikat pembuat kapal selam “Scorpene”, Naval Group, untuk membuka pejabat wakilnya di Manila untuk melobi kerajaan Filipina bagi membeli kapal selam buatannya.

Menurut syarikat itu, pembukaan pejabat wakil syarikat di Manila itu menandakan permulaan hubungan jangka panjang antara Naval Group dengan kerajaan Filipina dalam membangunkan kemampuan tentera lautnya.

Menurut syarikat Naval Group, syarikat itu sedang mengadakan perbincangan “intensif” dengan kerajaan Filipina tentang penjualan kapal selam.

Selain Naval Group yang menawarkan kapal selam “Scorpene”, syarikat DSME daripada Korea Selatan juga menawarkan kapal selamnya kepada tentera laut Filipina.

Menurut pemerhati pertahanan negara itu, walaupun kapal selam keluarkan syarikat DSME sebagaimana yang digunakan oleh tentera laut Indonesia adalah jauh lebih murah daripada segi kos tetapi mereka mahukan “Scorpene” yang lebih berkeupayaan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

FilipinaKapal SelamNaval GroupScorpene
Comments (0)
Add Comment