Bahaya Menanti Jika Kita Tidak Tangani Cubaan Hidupkan LTTE

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tahun lepas seorang ahli politik tempatan mengatakan beliau merasa pelik terhadap tindakan polis menahan dua ahli politik kerana didakwa cuba menghidupkan kembali Barisan Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Penahanan ini, sebagaimana yang telah saya kata sebelum ini adalah pelik dan tidak lojik.”

“Tetapi saya akan tunggu polis untuk menunjukkan kepada kita hubungan yang jelas antara mereka yang ditahan dengan usaha menghidupkan kembali gerakan pemisahan yang tidak lagi boleh dihidupkan lagi,” katanya sebagaimana dipetik oleh sebuah portal berita berbahasa Inggeris.

Itulah yang sering dilaungkan oleh mereka yang menyokong perjuangan LTTE bahawa sehingga kini tiada bukti menunjukkan usaha untuk menghidupkan kembali kumpulan pengganas itu. Tetapi, betul ke tiada usaha untuk menghidupkan kembali LTTE selepas kumpulan yang diketuai oleh Vellupillai Prabhakaran itu dikalahkan oleh Sri Lanka dalam perang saudara di negara Asia Selatan itu pada 2009?

Itulah yang penyokong-penyokong LTTE mahu kita percaya, tetapi pada masa yang sama mereka bergerak ke seluruh dunia menjalankan kerja-kerja secara senyap mengumpul dana dan mencari pengaruh untuk satu tujuan iaitu menghidupkan kembali kumpulan itu.

Polis sendiri mengatakan mereka yang ditahan tahun lepas itu (sebelum mahkamah membebaskan mereka) terlibat dalam usaha mengumpul dana untuk LTTE. Dana untuk apa dana tu jika bukan untuk menghidupkan kembali LTTE?

Admin yakin pihak polis dengan rangkaian perisikan yang diperakui antara terbaik didunia sudah semestinya mempunyai bukti yang kukuh. Berbanding  ahli politik itu, admin taruh sepenuh kepercayaan kepada pihak polis.

Dan kenyataan terkini bahawa tiga anggota LTTE daripada Selangor akan ke Johor untuk membunuh Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay merupakan satu lagi bukti bahawa LTTE kekal adalah kumpulan militan yang berbahaya kepada Malaysia dan seluruh dunia.

Ia juga adalah bukti bahawa LTTE itu “masih hidup” dan mendatangkan “a clear and present danger” terhadap masyarakat negara ini.

Sebelum itu, media tempatan melaporkan seorang lelaki yang mendakwa dirinya ketua komander LTTE 2.0 mengancam untuk menyerang Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).

“Komander LTTE 2.0” terbabit turut mendakwa akan menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan menyerang Sri Lanka.

Masih mahu menafikan bahawa LTTE itu kekal aktif dan berbahaya?

Sebenarnya, pihak berkuasa tertinggi Sri Lanka telah pun memberi amaran tentang cubaan untuk menghidupkan kembali LTTE hanya setahun selepas kumpulan pengganas ditumpaskan oleh tentera Sri Lanka kira-kira 11-12 tahun yang lepas.

Hanya setahun selepas kalah, mereka sudah merancang untuk “regroup” dan merancang pelbagai kegiatan.

Setiausaha Pertahanan Sri Lanka pada ketika itu Gotabhaya Rajapakse yang merupakan adik kepada presiden negara itu, Mahinda Rajapakse berkata, mereka yang bersimpati dengan LTTE cuba menghidupkan kembali kumpulan itu dan gerakan pemisahan Tamil.

Pengebom berani mati Sri Lanka.

“Pasukan keselamatan, polis dan perkhidmatan perisikan perlu mengambil tindakan untuk memastikan keganasan tidak lagi berlaku di negara ini (Sri Lanka).

“Jaringan perisikan kita perlu dibangunkan dan pengumpulan maklumat perisikan perlu ditingkatkan,” kata Gotabhaya sebagaimana dipetik oleh portal berita Hindustan Times pada 20 Mei, 2010.

LTTE ini berperang selama 37 tahun menentang Sri Lanka dalam usaha untuk mewujudkan negara sendiri bagi etnik Tamil di utara Sri Lanka dan sudah pasti bukan sesuatu yang mudah untuk melupakan aspirasi itu dalam sekelip mata.

Peralatan yang digunakan oleh pengebom berani mati di Sri Lanka.

Sebab itulah admin meminta semua pihak sentiasa berjaga-jaga dengan ancaman LTTE ini, bak kata pepatah, “ Air Yang Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya.” (Buaya ni jenis bawa RPG, AK-47 dan suicide vests)

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Ayob KhanGotabhaya RajapaksaHamid BadorLTTEMahinda RajapaksaPolisSri Lanka