Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Kita Tidak Akan Berdiam Diri,” KPN Tentang Ugutan Bunuh LTTE

0 524

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Polis tidak akan berkompromi dengan ancaman bunuh didakwa dilakukan oleh anggota Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) terhadap Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Dipetik sebagai berkata oleh portal berita Malaysiagazette, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, polis mengambil serius terhadap ugutan anggota LTTE itu yang mahu membunuh Ketua Polis Johor itu.

KPN

Polis menurutnya tidak akan berdiam diri dan sedang menjalankan siasatan lebih mendalam berhubung ugutan tiga anggota LTTE itu.

“Polis tidak akan berkompromi dalam ancaman ini kerana mereka melancarkan ugutan mengancam nyawa. Mengancam nyawa seseorang adalah satu jenayah yang sangat serius.PDRM akan mengendalikan kes ini secara serius ke atas  individu-individu (anggota LTTE) yang ugut mahu bunuh (pegawai kanan polis),” katanya kepada portal  berita itu.

KPN

Tiga anggota LTTE dikatakan daripada Selangor akan ke Johor untuk membunuh Ketua Polis Johor itu.

Semalam Ayob berkata, ugutan itu itu diterima pihaknya melalui panggilan telefon yang dibuat seorang individu tidak dikenali kepada seorang pegawainya, dua minggu lalu.

kpn
Anggota wanita LTTE.

Individu dipercayai warga tempatan itu memberitahu ada tiga ahli LTTE dari Selangor akan ke Johor untuk membunuh beliau.

Sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Johor, Ayob merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...