[VIDEO] Pesawat FLIT/LCA Yakovlev “YAK-130”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Adakah Malaysia akan mengikuti jejak langkah Russia, Vietnam, Laos, Bangladesh, Algeria dan Myanmar dalam memilih pesawat latihan/pejuang ringan (FLIT/LCA) Yakovlev YAK-130 buatan Yakovlev Design Bureau, Russia.

Malaysia memutuskan untuk mendapatkan  36 buah pesawat FLIT/LCA di dalam tempoh lima tahun, sebagaimana diumumkan oleh Panglima Tentera Udara Malaysia (TUDM) Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad minggu lepas.

SILA LIKE DAN SUBSCRIBE YOU TUBE CHANNEL “DEFENCE SECURITY ASIA”

Setakat yang kita tahu, ada beberapa pesawat yang dijangka memasuki tender TUDM itu termasuklah KAI FA-50 (Korea Selatan), Tejas (India), J-17 (Pakistan), Leonardo M-346 dan Yakovlev YAK-130 serta Gripen.

Walaupun kita mungkin menjangkakan KAI FA-50 mungkin adalah frontrunner untuk memenangi tender TUDM, tetapi kita tidak dapat menolak kekuatan pesaawat-pesawat lain. Ada banyak aspek yang akan dikaji oleh kerajaan sebelum menentukan siapa pemenang tender itu, dan ia tidak hanya bergantung pada kemampuan pesawat tetapi turut meliputi aspek lain seperti ToT, kemampuan kewangan, politik dan lain-lain lagi.

Ok hari ini kita nak tengok pesawat Yakovlev YAK-130 yang dikatakan adalah antara pesawat latihan (FLIT) terbaik di dunia ketika ini.

Januari lepas, Vietnam menjadi negara terbaharu memilih YAK-130 sebagai pesawat latihannya apabila membelanjakan US$350 juta untuk mendapatkan 12 buah pesawat terbabit.

Walaupun tidak terkenal sebagaimana pesawat pejuang Sukhoi SU-35, MiG-35 atau SU-57, tetapi YAK-130 tetap menggerunkan NATO yang memanggil pesawat itu “Mitten”.

YAK-130 adalah pesawat FLIT/LCA yang subsonic yang memberikan peluang kepada juruterbang pelatih untuk menguasai teknologi untuk menerbangkan pesawat-pesawat pejuang generasi ke-4 dan ke-lima.

Bagi pesawat pejuang ringan, YAK-130 boleh membawa pelbagai senjata moden sama ada unguided atau precision guided munitions (PGM) buatan Russia.

Pesawat YAK-130 ini pada mulanya dibangunkan bersama dengan Aermacchi, tetapi akhirnya pembangunan bersama itu dihentikan dengan Yakovlev Design Bureau membangunkan YAK-130 manakala Leonardo membina M-346.

Pesawat FLIT/LCA YAK-130 milik Laos.

YAK-130 dan Leonardo M-346 ini boleh dikira sebagai sepupu.

Pada tahun 2000, YAK-130 dipilih sebagai pesawat latihan tentera udara Russia menewaskan pesaing utama iaitu MiG-AT dengan tempahan sebanyak 130 buah pesawat.

So jika YAK-130 cukup baik untuk melatih juruterbang pesawat pejuang Russia, sudah tentu ia cukup berkemampuan untuk melatih bakal-bakal juruterbang TUDM.

Selain itu dilengkapi dengan sekurang-kurangnya 9 hardpoints untuk membawa pelbagai bom dan peluru berpandu sehingga mencecah berat 3 tan untuk melaksanakan misi-misi pesawat pejuang ringan.

YAK-130 juga dilengkapi dengan Head-Up Display, Helmet Mounted Sighting System dengan receiver GPS serta GLONASS, manakala dengan internal fuel tanks mampu membawa pesawat sehingga jarak operasi sejauh 2,100 km.

Cuma persoalan bagi kita adalah, jika kita bercadang mendapatkan pesawat pejuang gen-4 dan gen-5 kelak buatan negara-negara barat, maka adakah sesuai untuk kita mendapatkan pesawat latihan buatan Russia yang memiliki sistem avionic yang berlainan?

Mungkin tiada masalah untuk juruterbang adapt and transition daripada pesawat Russia ke pesawat pejuang Barat, tetapi kena tempoh peralihan.

Lagipun kita lihat pengguna-pengguna YAK-130 seperti Vietnam, Bangladesh, Laos, Algeria dan Myanmar, pesawat-pesawat pejuang utama mereka adalah buatan Russia.

Adakah isu ini akan diambilkira oleh Kementerian Pertahanan dan TUDM, sama-samalah kita nantikan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

FLI/LCARussiaYAK-130Yakovlev