[Video] Kenderaan Tempur Infantri “Lynx KF41”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kenderaan Tempur Infantri (IFV – Infantry Fighting Vehicle) “Lynx Fighting Vehicle KF41” mula diperkenalkan kepada masyarakat antarabangsa pada pameran pertahanan Eurosatory pada 2018.

Kenderaan kombat yang rekabentuk cukup cun ini dibina oleh syarikat pertahanan terkenal Eropah, Rheinmetall Defence.

Lynx KF41 adalah kenderaan kombat generasi masa depan, yang direkabentuk untuk berhadapan dan mengatasi cabaran peperangan akan datang.

Negara Eropah dan anggota NATO, Hungary muncul sebagai pelanggan pertama (launch customer) bagi kenderaan kombat ini apabila ia bersetuju untuk bekerjasama dengan syarikat Rheinmetall Defence untuk mendapatkan 218 buah Lynx KF41 IFV ini dengan nilai kontrak pembelian mencecah Euro 2 billion.

Lynx KF41 berat 44 tan dan mampu membawa 11 anggota tentera termasuk tiga krew. (foto internet)

Ok, apa ciri-ciri Lynx KF41 ini yang menjadikannya kenderaan kombat yang paling menonjol di pasaran pada masa ini.

KF ini bermaksud ‘”Kettenfahrzeug” yang bermaksud “tracked vehicle” atau kenderaan berantai.

Berat kenderaan tempur infantri ini apabila digabungkan dengan turret “Lance 2.0” dan segala peralatan kombat boleh mencecah sehingga 44 tan.

 

(Aksi pertama kenderaan tempur infantri Lynx KF41. )

Ia boleh membawa tiga orang krew dan lapan orang anggota tentera.

Lynx KF41 di dalam bentuk IFV ini dilengkapi dengan turret “Lance 2.0” terdiri daripada meriam 35mm dan pelbagai peralatan sensor dan penderia yang lain.

Selain Lynx KF41, kenderaan ini juga mempunyai versi Lynx KF31 yang lebih kecil dan lebih ringan, dengan beratnya 38 tan.

Dilengkapi dengan turret Lance 2.0 dengan meriam 35mm. (foto internet)

Selain di dalam bentuk kenderaan tempur infanti, Lynx KF41 ini juga boleh dikonfigurasi sebagai kenderaan command and control, armoured reconnaissance, repair and recovery dan ambulan.

Pada bulan October lepas, Rheinmetall Defence dan syarikat pertahanan Amerika Syarikat, Textron Systems bekerjasama untuk cuba menawarkan kenderaan tempur infantri Lynx KF41 untuk memenuhi keperluan kepada tentera Amerika Syarikat.

Rheimetall Defence juga menampilkan kenderaan Lynx KF41 untuk program Land 400 fasa ketiga bernilai AUD$18 billion.

Rekabentuk Lynx KF41 memang cun. (kredit Rheinmetall Defence)

Lynx KF41 adalah satu daripada tiga kenderaan kombat yang akan terlibat dalam ujian selama 12 bulan sebelum Australia memutuskan siapakah pemenangnya.

Jika Lynx KF41 memenangi kontrak itu, kenderaan tempur infantri itu akan dibuat di kilang Rheinmetall Defence di Queensland.

Selain Australia, Rheimetall Defence turut menawarkan kenderaan tempur infantry Lynx KF41 untuk memenuhi keperluan angkatan tentera Czech.

— DEFENCE SECURITY ASIA

EropahHungaryLynx KF41Rheinmetall Defence
Comments (0)
Add Comment