Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video] Iran Dedah Kapal Pelbagai Guna/Perisikan “Shahid Roudaki”

0 753

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kor Pengawal Revolusi Iran secara rasmi menampilkan kapal pelbagai guna dan perisikan “Shahid Roudaki” yang dilengkapi dengan helikopter, bot-bot penyerang laju, peluru berpandu dan pesawat tanpa pemandu (UAV).

Kapal sepanjang hampir 150 meter dan seberat lebih 4,000 tan itu mengambil nama sempena bekas komander Kor Pengawal Revolusi Iran yang mati dibunuh.

“Shahid Roudaki” adalah bekas kapal dagang komersial yang diubahsuai untuk menjadi sebuah pengkalan laut begerak bagi tentera Iran.

Menurut agensi berita separa rasmi Iran, Tasnim News,  kapal terbabit akan menjadi “bandar marin” dan melaksanakan pelbagai misi termasuk kombat, pemantauan dan logistic bagi memastikan keselamatan di laluan maritime.

Iran

Ia juga akan bertindak menyelamatkan kapal-kapal dagang dan nelayan Iran serta negara-negara sahabat.

Antara persenjataan dibawa oleh kapal terbabit termasuklah peluru berpandu anti-pesawat 3rd Khordad, peluru berpandu anti-kapal “Ghader” dan dron-dron “Ababil”.

Peluru berpandu anti-pesawat 3rd Khordad merupakan peluru berpandu yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat tanpa pemandu Amerika Syarikat “RQ-4A” (BAMS-D) pada 2019, manakala peluru berpandu anti-kapal “Ghader” pula mempunyai jarak di antara 120 batu hinggga 180 batu.

Peluru berpandu “Ghader” dikatakan adalah klon kepada peluru berpandu anti kapal buatan China, C-802.

Bagi dron ‘Ababil’ pula, ia berfungsi sebagai untuk memantau tetapi boleh juga dilengkapkan dengan bahan letupan dan menjadi “dron kamikaze” bagi misi-misi bunuh diri.

Dron-dron “Ababil” itu telah digunakan oleh pemberontak di Yemen bagi menyerang kemudahan-kemudahan minyak dan gas serta lapangan terbang Arab Saudi.

Selain sistem persenjataan, ia juga dilengkapi dengan radar phased-array, sistem komunikasi dan peperangan elektronik.

Iran
Kapal Iran “Shahid Roudaki.” (foto internet)

Laporan oleh Tasnim News itu menyatakan kesediaan “Shahid Roudaki” untuk bertugas di perairan antarabangsa.

Ini menunjukkan kemungkinan kapal itu bakal beraksi di perairan sekitar Timur Tengah sehinggalah ke Laut Merah.

Jika itu berlaku, ia mungkin akan berhadapan dengan kapal-kapal perang Amerika Syarikat dan sekutunya di perairan antarabangsa.

Iran

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...