[Video] “Murmansk-BN”, Sistem EW Paling Berkuasa Russia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia memiliki pelbagai jenis sistem persenjataan dan salah satu daripada sistem yang jarang-jarang didedahkan kepada media adalah yang melibatkan kemampuan sistem peperangan elektroniknya (Electronic Warfare).

Ok, nama sistem peperangan elektronik milik Russia ini adalah “Murmansk-BN” dan dikatakan ia adalah sistem EW yang paling berkuasa di dalam angkatan tentera negara itu.

Selain Murmansk-BN, sistem-sistem peperangan elektronik Russia yang lain adalah “Krasukha” dan “Divnomorye” yang digunakan untuk menganggu komunikasi satelit, signal GPS dan komunikasi pesawat tanpa pemandu.

Menurut laporan media Russia, sistem EW Murmansk-BN ini mula dioperasikan oleh angkatan tentera negara itu pada 2018 selepas beberapa tahun menjalani ujian.

Sistem EW Murmansk-BN.

Mengapa Murmansk-BN dikatakan sistem peperangan elektronik paling berkuasa tentera Russia?

Jawapannya mungkin berkaitan dengan kemampuan sistem itu untuk menganggu dan memintas signal-signal radio, gps, komunikasi, satellite dan lain-lain musuh sehingga jarak 5,000km.

Tujuan utamanya sistem ini adalah untuk menganggu dan memusnahkan sistem komunikasi satelit berfrekuensi tinggi milik NATO dan Amerika Syarikat.

Ada penganalisis pertahanan mengatakan jarak operasi sistem Murmansk-BN adalah sehingga 8,000km….

Video mengenai pengoperasian sistem EW Murmansk-BN di wilayah Russia. (sumber Twitter)

Sistem peperangan elektronik Russia ini bukan sahaja berfungsi untuk “jamming” signal radio musuh, tetapi ia juga digunakan untuk mengintip kemampuan radio pihak lawan.

Baru-baru ini, Kementerian Pertahanan Russia mengesahkan ia telah memindahkan sistem Murmansk-BN ke pengkalannya di Artik berhampiran dengan sempadan Finland, sebagaimana yang dilaporkan oleh portal Defense Blog.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan sebab-musabab disebalik pemindahan sistem peperangan elektronik itu ke pengkalan di Artik.

Dari pengkalannya di Artik, Murmansk-BN boleh melumpuhkan sistem radio dan komunikasi di seluruh Eropah. Ini yang dibimbangi oleh NATO dan Amerika Syarikat.

Nama Murmansk ini sebenarnya mewakili sebuah bandar di Russia.

Moscow pernah menjalankan ujian terhadap sistem ini pada 2019 dan gangguan terhadap sistem radio telah dikesan di Norway yang berhampiran di sempadan Russia.

Sistem EW Murmansk-BN ketika dioperasikan. (sumber internet)

Norway pernah mengemukakan bantahan terhadap Russia kerana gangguan terhadap sistem radio di negara itu akibat ujian sistem peperangan elektronik milik negara Komunis itu berkemampuan mengancam keselamatan negara Scandinavia.

Bayangkan, pesawat tanpa sistem radio, komunikasi satelit dan lain-lain, mereka bolehlah diibaratkan seperti “buta, bisu dan pekak.”

Jika dioperasikan pada kemampuan maksimum, sistem EW Murmansk-BN boleh menganggu sistem radio dan lain di seluruh benua Eropah serta sebahagian Amerika Syarikat.

Russia juga dikatakan mengerahkan sistem Murmansk-BN ke wilayah Crimea berhampiran Laut Hitam baru-baru ini.

Kapal-kapal perang dan pesawat pengintip NATO mengadu bahawa sistem GPS dan radio serta komunikasi mereka gagal berfungsi ketika menghampiri perairan milik Russia di Laut Hitam itu.

Salah satu kenderaan sistem EW Murmansk-BN. (sumber Pravda.ru)

— DEFENCE SECURITY ASIA

FinlandMurmansk-BNPeperangan ElektronikRussia