Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Undang-Undang Baru China Ancam Kedaulatan Malaysia?

0 636

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Struktur-struktur yang dibina oleh Malaysia di pulau atau terumbu karang kita tetapi pemilikannya turut dituntut oleh Beijing, berhadapan kemungkinan dirobohkan oleh penguatkuasa China di bawah undang-undang yang kini sedang dideraf oleh negara Komunis itu.

Ini termasuklah segala binaan yang dbina oleh kita di Pulau Layang-Layang dan semua terumbu karang di Laut China Selatan yang kini dituntut oleh Beijing.

Jika undang-undang ini dikuatkuasakan pada masa depan, admin tertanya apa akan jadi pada resort di Pulau Layang-Layang dan segala binaan di terumbu lain di Laut China Selatan, termasuk yang digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia.

ccg
Anggota Pengawal Pantai China. (sumber internet)

Adakah kesemuanya akan diarahkan supaya dirobohkan oleh China? Adakah kita akan berdiam-diri apabila China mengeluarkan undang-undang yang “clearly extra-territorial” dan tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa.

UNCLOS  dibakulsampahkan…

Di bawah “Nine Dash Line”, China menuntut pemilikan keseluruhan Laut China Selatan sebagai hak miliknya termasuk sebahagian perairan negara.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, kapal-kapal Pengawal Pantai China dan Tentera Laut China telah menceroboh perairan negara sebanyak 89 kali dari tahun 2016 hingga 2019.

Selain itu dibawah deraf undang-undang baru China itu, kapal-kapal pengawal pantai China juga kini dibenarkan untuk melepaskan tembakan terhadap mana-mana kapal asing yang berada di kawasan perairan yang dituntutnya di Laut China Selatan atau mana-mana perairan.

Layang-Layang-Resort-13
Sebuah pusat peranginan di Pulau Layang-Layang. (sumber internet)

Menurut laporan oleh the South China Morning Post, anggota Pengawal Pantai China mempunyai hak untuk menaiki, memeriksa, menahan dan menghalau mana-mana kapal asing atau menahan warga asing yang melanggar undang-undang di perairan China, termasuk yang dituntutnya.

Deraf undang-undang itu dikeluarkan untuk bacaan orang ramai di laman web Kongress Rakyat China dan dijangka diluluskan dalam sesi akan datang.

Ia juga memberikan Pengawal Pantai China hak untuk memberi arahan kepada mana-mana organisasi atau individu supaya menghentikan pembinaan sebarang struktur di pulau-pulau yang dituntut oleh Beijing.

Katakanlah suatu hari nanti, admin dengan bantuan pihak tertentu mahu membina binaaan atau resort di Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals), adakah kapal pengawal pantai China dan anggotanya boleh mengeluarkan arahan kepada admin supaya menghentikan pembinaan itu?

luconia
Beting Patinggi Ali. (sumber internet)

Adakah struktur yang admin telah bina, boleh dirobohkan dan pekerja admin ditangkap?

Dan adakah bot-bot yang membawa pekerja admin ke Beting Patinggi Ali kini  boleh ditembak oleh kapal pengawal pantai China sekiranya bot mereka menghampiri perairan di beting yang turut dituntut oleh China?

Itu adalah senario yang perlu kita fikirkan….

“For those who do not stop the illegal activities or refuse to make rectifications with a time limit, the coastguard may forcibly dismantle (buildings and structures) in accordance with the law,” menurut deraf undang-undang itu, sebagaimana dipetik oleh The South China Morning Post.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...