(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan akan membentangkan Belanjawan 2021 Jumaat ini dan bagi pemerhati pertahanan negara seperti admin, memang berharap terdapatnya peningkatan di dalam belanjawan pertahanan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Admin berharap kerajaan akan memperuntukkan peruntukan yang sewajarnya bagi membolehkan ATM melaksanakan usaha-usaha pembangunan dan pemodenan aset-asetnya.
Salah aspek pembangunan aset yang penting bagi ATM adalah melibatkan usaha menaiktaraf kenderaan armor tentera darat seperti Adnan dan Malaysia Infantry Fighting Vehicle (MIFV).
Untuk menaiktaraf ACV-300 Adnan dan MIFV yang diperolehi daripada Turki serta Korea Selatan, maka peruntukan perlu diberikan kepada ATM bagi membolehkan kedua-dua kenderaan armor itu lebih ampuh pada masa depan.
Kedua-dua kenderaan armor itu memerlukan mission equipment yang lebih moden untuk ia survive pada medan peperangan masa kini.
Projek menaikataraf itu juga akan memanjangkan tempoh hayat Adnan dan MIFV.
Memandangkan ATM dan negara telah pun mempunyai hubungan pertahanan dengan syarikat Turki, FNSS dan Aselsan, mungkin kita boleh turut sama dalam program menaiktaraf pembangunan armor ZMA-15 yang diusahakan oleh Defense Industry Presidency (SSB).
Dengan menyertai program ini, kita dapat merendahkan lagi kos pemodenan kenderaan Adnan kita yang juga dikenali dengan nama ACV serta MIFV buatan Korea Selatan itu.
Rakaman kemampuan kenderan armor ZMA-15. (kredit FNSS)
Dibawah program di antara SSB, FNSS dan Aselsan itu, sebanyak 133 buah kenderaan armor M113 yang telah dipertingkatkan dikenali nama ZMA akan melengkapkan angkatan tentera Turki.
Kesemua 133 kenderaan ZMA itu, itu akan dilengkapi dengan Nefer Weapon System dengan meriam 25mm, Close Range Surveillance System, Driver’s Vision System, Direction Finding and Navigation System yang akan dibekalkan oleh Aselsan sebagai kontraktor utama.
Angkatan tentera Turki akan mula menerima kenderaan pertama ZMA mulai tahun depan sehingga 2023.
Admin berharap kerajaan akan memberikan peruntukan secukupnya kepada Kementerian Pertahanan bagi membolehkan ATM menjalankan usaha-usaha pembangunannya termasuk menaiktaraf kenderaan armor yang telah berusia.
Bukan sahaja Adnan dan MIFV, tetapi juga kenderaan perisai beroda seperti Condor supaya lebih menyengat.