Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Kerah Empat Kapal Perang Ke Taiwan “Jaga” Nancy Pelosi

Laporan media Taiwan juga mengatakan bahawa kapal-kapal perang dan pesawat pejuang China telah menghampiri garisan median di Selat Taiwan dalam satu tindakan yang dianggap oleh pemerhati ketenteraan sebagai amat berprovokasi dan berpotensi mencetus konflik ketenteraan di selat yang memisahkan kedua-dua pihak yang bertelagah.

0 2,394

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat telah meletakkan empat buah kapal perangnya termasuk kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan (CVN-76) di timur Taiwan sebagai persediaan terhadap kunjungan kontroversial speaker negara itu, Nancy Pelosi ke pulau yang didakwa oleh China sebagai miliknya.

Pesawat rasmi dengan identifikasi “Spar19” (USAF C-40C) membawa Pelosi dan delegasinya telah pun berlepas daripada Pangkalan Udara Subang, berkemungkinan menuju ke Taiwan sebagaimana di dakwa oleh sumber-sumber media tempatan di pulau terbabit.

Bagi pihak delegasi Pelosi pula, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai destinasi beliau selepas menamatkan lawatannya di Malaysia.

Pelosi
Kredit H20

 

Semalam, beliau berada di Singapura.

Semasa berada di Kuala Lumpur hari ini,  speaker Amerika Syarikat itu telah mengadakan pertemuan dengan speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun sebelum diraikan dalam satu majlis makan tengahari oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa menteri kabinet.

Kira-kira 300,000 orang menjejaki penerbangan “Spar19” sebaik sahaja ia meninggalkan Kuala Lumpur menggunakan aplikasi Flight Radar, berkemungkinan menjadikannya penerbangan yang paling banyak dijejaki dalam sejarah kewujudkan aplikasi penjejakan penerbangan di dalam maya.

Menurut pegawai tentera laut Amerika Syarikat,  USS Ronald Reagan kini berada di Laut Filipina di timur Taiwan selepas menghabiskan masa selama beberapa hari  di Laut China Selatan.

Pelosi

“Ia (USS Ronald Reagan) adalah sebahagian daripada kerahan rutin (routine deployment),” kata pegawai itu kepada agensi berita Reuters.

Kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan yang berpengkalan di Jepun turut diiringi oleh kapal-kapal perang Amerika Syarikat yang lain iaitu, kapal cruiser peluru berpandu, USS Antietam dan kapal pemusnah, USS Higgins.

Sebuah lagi kapal Amphibious Assault Ship USS Tripoli juga berada berhampiran dengan Taiwan.

Sementara sumber-sumber memberitahu media antarabangsa bahawa kedua-dua buah kapal pengangkut pesawat China, Shandong dan Liaoning telah meninggalkan pangkalan masing-masing di Qingdao dan Sanya menuju ke destinasi tidak diketahui dipercayai untuk “menyambut” kedatangan Pelosi.

Pelosi
Pesawat rasmi membawa Nancy Pelosi di Pangkalan Udara Subang.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Shandong
Kapal pengangkut pesawat China, “Shandong.”

 

Laporan media Taiwan juga mengatakan bahawa kapal-kapal perang dan pesawat pejuang China telah menghampiri garisan median di Selat Taiwan dalam satu tindakan yang dianggap oleh pemerhati ketenteraan sebagai amat berprovokasi dan berpotensi mencetus konflik ketenteraan di selat yang memisahkan kedua-dua pihak yang bertelagah.

Kementerian Pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan pula berkata ia mempunyai semua maklumat tentang semua aktiviti ketenteraan yang sedang berlaku berhampiran dengan Taiwan dan akan mengerah tenteranya untuk berhadapan dengan “musuh”. — DSA

 

 

 

Comments
Loading...