Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Letak Dron MQ-9A Reaper Di Filipina Untuk Sokong Aktiviti Perisikan Di Laut China Selatan

Dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) MQ-9A Reaper (Predator B) berprestasi tinggi itu akan beroperasi daripada pangkalan udara Basa di Metro Manila di atas permintaan Filipina bagi menyokong aktiviti pertukaran maklumat perisikan di antara Angkatan Tentera Filipina dengan Pusat Pemerintahan Indo-Pasifik Amerika Syarikat (U.S Indo Pacific Command).

0 1,659

(DEFENCE SECURITY ASIA) ā€“ Bagi membantu aktiviti perisikan diperlukan oleh tentera Filipina dan tenteranya sendiri di kawasan Indo Pasifik, Amerika Syarikat telah menempatkan dron MQ-9A Reaper di sebuah pangkalan udara negara Asia Tenggara itu.

Dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) MQ-9A Reaper (Predator B) berprestasi tinggi itu akan beroperasi daripada pangkalan udara Basa di Metro Manila di atas permintaan Filipina bagi menyokong aktiviti pertukaran maklumat perisikan di antara Angkatan Tentera Filipina dengan Pusat Pemerintahan Indo-Pasifik Amerika Syarikat (U.S Indo Pacific Command).

Menurut laporan media pertahanan Amerika Syarikat, dron MQ-9A itu akan terlibat dalam aktiviti pemantauan dan pengawasan bagi menyokong usaha pertukaran risikan di antara Amerika Syarikat dan Filipina tertakluk kepada undang-undang negara itu.

Dron MQ-9A Reaper itu akan ditempatkan di Filipina secara ā€œsementaraā€ dan bergilir-gilir (rotational) kerana perlembagaan negara Asia Tenggara itu pada 1987 melarang penempatan secara tetap angkatan tentera asing di dalam negara itu.

Sebaliknya dron itu ditempatkan di Filipina secara bergilir-gilir, sesuatu yang dibenarkan di bawah Enhanced Defence Cooperation Agreement 2014 antara kedua-dua negara. Ā 

Pada Mac lalu, Pacific Air Forces (PACAF) Tentera Udara Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan dimana ia telah berjaya memperolehi ā€œsokongan lojistik untuk penempatan tetapā€ untuk dron MQ-9A Reaper di Pangkalan Udara Basa.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa dron MQ-9A itu telah terlibat dalam lima misi di Laut China Selatan untuk menyokong usaha-usaha pengawasan dan pemantauan kawasan maritim di Second Thomas Shoal yang menjadi pertikaian di antara Beijing dan Manila.

Dron MQ-9A yang ditempatkan di Pangkalan Udara Basa di Metro Manila itu dioperasikan oleh Kor Marin Amerika Syarikat yang berpengkalan di Pulau Hawaii.

MQ-9 Reaper
MQ-9 “Reaper” dibangunkan oleh General Atomics

 

Tidak lama selepas mengeluarkan kenyataan itu,Ā  pihak berkuasa Amerika Syarikat dilaporkan telah menarik balik kenyataan itu tanpa sebarang penjelasan.

Ini bukanlah kali pertama dron-dron milik tentera Amerika Syarikat beroperasi daripada Filipina untuk menyokong Manila dalam isu pertikaiannya dengan China mengenai Laut China Selatan.

Tahun lepas, sebuah dron MQ-1C Grey Eagle milik tentera darat Amerika Syarikat yang beroperasi daripada Pangkalan Udara Edwin Andrews di selatan Filipina dikesan terbang ketika tentera Filipina melaksanakan misi penghantaran bekalan kepada kapal perang usangnya, BRP Sierra Madre di Seconf Thomas Shoal.

Dron-dron Amerika Syarikat turut terlibat dalam pelbagai aktiviti dan misi di Pangkalan Udara Edwin Andrews di selatan Filipina itu semasa menyokong aktiviti anti-terrorisme, Operation Enduring Freedom dan Operation Pacific Eagle.

Dron MQ-9A milik Amerika Syarikat itu juga terlibat dalam latihan Balikatan 2024 yang berlangsung pada bulan lepas.

Pangkalan Udara Basa di Metro Manila itu telah pun dikenalpasti sebagai antara penerima bantuan kewangan daripada Amerika Syarikat.

Pangkalan udara itu adalah satu daripada sembilan buah pangkalan tentera Filipina dimana Amerika Syarikat diberikan akses di negara Asia Tenggara itu.

 

Bantuan kewangan daripada Amerika Syarikat itu akan menyaksikan kesemua sembilan buah pangkalan tentera Filipina itu menaiktaraf pelbagai kemudahannya seperti landasan, pusat kawalan dan pemerintahan, gudang untuk bantuan kemanusiaan dan bencana dalam pelbagai lagi.

Menurut media pertahanan Amerika Syarikat,Ā  Pangkalan Udara Basa di Metro Manila itu akan dinaiktaraf dan diperbesarkan bagi membolehkan ia menyokong operasi kira-kira 20 buah pesawat milik negara itu.

Dron MQ-9A Reaper (Predator B) adalah dron canggih milik tentera Amerika Syarikat dan telah memulakan penerbangannya pada tahun 2001.

Dibangunkan oleh syarikat General Atomics, dron MQ-9A Reaper itu berkemampuan beroperasi selama 27 jam tanpa henti, terbang sehingga ketinggian 50,000 kaki dan membawa pelbagai muatan seberat 1,740 kg.

Dron MQ-9A Reaper ini adalah platform yang modular dengan kemampuan untuk membawa pelbagai muatan bersesuaian dengan misi-misi dilaksanakannya termasuk Electro-optical/Infrared (EO/IR), LynxĀ®Ā Multi-mode Radar, multi-mode maritime surveillance radar, Electronic Support Measures (ESM), laser designators dan pelbagai jenis persenjataan. — DSA

 

Comments
Loading...