Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Ukraine Atau Israel, Amerika Terpaksa Buat “Pilihan” Pihak Mana Mahu Dibantu

Anggota-anggota politik Yahudi berpengaruh Amerika di Washington telah pun bersuara meminta Jabatan Pertahanan negara itu “mengurangkan” bantuan ketenteraan serta kewangan kepada Ukraine dan sebaliknya “meningkatkan” bantuan kepada Israel.

0 1,963

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat mungkin terpaksa membuat keputusan sukar untuk memilih di antara dua sekutu utamanya, Israel atau Ukraine dalam soal menghulurkan bantuan ketenteraan, terutamanya membabitkan peluru-peluru meriam yang amat diperlukan oleh kedua-dua negara itu.

Kiev dan Tel Aviv memerlukan Washington untuk membekalkan mereka dengan ribuan peluru meriam 155mm bagi membolehkan mereka memerangi tentera Russia dan pejuang-pejuang Palestin.

Ukraine dikatakan memerlukan sehingga 1 juta peluru meriam 155mm dalam konfliknya dengan Russia.

Jikalau konflik tercetus di sempadan Israel-Lubnan membabitkan kumpulan bersenjata Hezbollah, maka bantuan ketenteraan Amerika Syarikat kepada Israel sudah semestinya dilipatganda.

Apa yang terjadi pada ketika ini adalah, sebahagian besar daripada peluru-peluru meriam yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat telah pun dilencongkan ke Ukraine bagi membantunya menangani tentera Russia.

Meriam
Meriam Israel

 

Disebabkan bantuan ketenteraannya kepada Ukraine, Amerika terpaksa meningkatkan pengeluaran peluru-peluru meriam 155mm daripada 25,000 sehari kepada 100,000 sehari.

Dengan tercetusnya konflik di Semenanjung Gaza, pemerhati ketenteraan menjangkakan bahawa Amerika Syarikat terpaksa “mengurangkan” bantuan ketenteraannya kepada Ukraine dan menumpukan sepenuhnya perhatiannya untuk memenuhi keperluan Israel.

Bukan sahaja bantuan ketenteraan termasuk peluru-peluru meriam kepada Ukraine bakal berkurangan selepas ini, tetapi Kiev juga perlu bersedia sekiranya bantuan kewangan daripada Amerika Syarikat akan berkurangan.

Sejak bermulanya konflik di antara Russia dan Ukraine,  Washington telah menghulurkan pelbagai bantuan bernilai lebih US$100 bilion (RM470 bilion).

Anggota-anggota politik Yahudi berpengaruh Amerika di Washington telah pun bersuara meminta Jabatan Pertahanan negara itu “mengurangkan” bantuan ketenteraan serta kewangan kepada Ukraine dan sebaliknya “meningkatkan” bantuan kepada Israel.

F-35 Adir
Pesawat F-35I “Adir” Tentera Udara Israel dengan bom-bom JDAM buatan Amerika.

 

Baru-baru ini laporan menyatakan bahawa Hamas tidak mahu melayan sebarang permintaan gencatan senjata kerana menyedari Israel telah menghantar 80 peratus daripada simpanan peluru meriamnya ke Ukraine.

Hamas menyedari bahawa Israel kini sedang “membeli masa”, menunggu bantuan peluru-peluru meriam dan senjata lain daripada Amerika Syarikat sebelum ia memulakan serangan darat di Semenanjung Gaza dan selatan Lubnan.

Kenyataan terbaru itu adalah berdasarkan kepada laporan beberapa bulan lepas dimana Amerika  Syarikat telah memindahkan simpanan peluru-peluru meriamnya yang berada di Israel kepada Ukraine.

Pengawai-pegawai Amerika memberitahu CNN bahawa mereka telah memindahkan kira-kira 300,000 peluru meriam yang disimpan di Israel ke Ukraine dan ianya dilakukan di atas persetujuan pegawai Israel.

Tindakan Amerika Syarikat memindahkan peluru-peluru meriamnya yang disimpan di Israel ke Ukraine itu disebabkan kerana ia menjangkakan tidak akan ada “insiden besar” yang berlaku di Israel.

Israel
Tentera Darat Israel

 

Pertimbangan yang salah oleh Israel.

Bagaimanapun, pegawai-pegawai tentera Israel boleh menarik nafas lepas kerana pesawat-pesawat pengangkut Amerika membawa bersama bertan-tan peluru dan kelengkapan ketenteraan lain sudah mulai tiba di Tel Aviv.

Bukan sahaja Israel memerlukan peluru-peluru meriam, tetapi tentera udaranya juga memerlukan peluru-peluru berpandu dan bom pintar buatan Amerika yang digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara Israel yang kini “bekerja” 24 jam sehari membedil sasaran-sasaran di Semenanjung Gaza.

Kehadiran kapal pengangkut pesawat USS Gerald R.Ford dan kapal-kapal perang yang lain dengan muatan senjatanya juga berkemungkinan melegakan Israel. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...