Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Bakal Tarik Sekatan Penjualan Senjata “Menyerang” Terhadap Arab Saudi. F-35 Dalam Senarai???

Amerika Syarikat dilaporkan telah pun memberikan signal kepada Arab Saudi bahawa mereka talah pun bersedia untuk menarik balik sekatan terhadap penjualan senjata-senjata yang ditakrifkan sebagai “menyerang”, termasuk pesawat pejuang generasi kelima F-35 sebagaimana didakwa oleh pemerhati ketenteraan.

0 4,574

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat dijangka akan menarik balik sekatan penjualan senjata-senjata “menyerang” (offensif) kepada Arab Saudi di dalam beberapa minggu akan datang ini, menurut beberapa pegawai kanan Washington yang memaklumkan tentang perkara itu kepada media antarabangsa.

Amerika Syarikat dilaporkan telah pun memberikan signal kepada Arab Saudi bahawa mereka talah pun bersedia untuk menarik balik sekatan terhadap penjualan senjata-senjata yang ditakrifkan sebagai “menyerang”, termasuk pesawat pejuang generasi kelima F-35 sebagaimana didakwa oleh pemerhati ketenteraan.

Berikutan perselisihan pendapat tentang kempen ketenteraan Arab Saudi di Yemen dan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada tahun 2018, Amerika Syarikat dibawah pentadbiran Presiden Jo Biden sejak tahun 2021 telah mengambil pendekatan keras dengan menyekat penjualan senjata-senjata yang disifatkan sebagai “menyerang” kepada Riyadh.

Washington dibawah Biden hanya meneruskan penjualan senjata-senjata berbentuk “defensif” kepada Arab Saudi.

Hubungan di antara kedua-dua negara yang disifatkan sebagai amat rapat sebelum ini telah “retak” disebabkan tindakan Washington itu dan menyebabkan Riyadh berpaling kepada negara-negara seperti China dan Russia dalam usahanya mendapatkan senjata-senjata yang diperlukannya.

Tornado
Pesawat Tornado Arab Saudi

 

Kini selepas Arab Saudi mula berbaik-baik dengan negara-negara lain terutamanya China dalam usahanya mendapatkan bekalan sistem persenjataan diperlukannya, Washington mula resah tentang akan “kehilangan” pembeli senjata utamanya di Timur Tengah.

Disebabkan itulah, pentadbiran Jo Biden kini bercadang menarik balik sekatan yang dikenalkan terhadap Arab Saudi bagi penjualan senjata-senjata “menyerang” itu.  

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Anthony Blinken pada minggu lepas memberitahu bahawa negara itu dan Arab Saudi adalah amat hampir untuk memeterai beberapa perjanjian berkenaan tenaga nuklear, kerjasama keselamatan dan pertahanan dalam kerangka perjanjian yang lebih besar termasuk berkemungkinan hubungan diplomatik antara Riyadh dan Tel Aviv.

Penganalisi pertahanan serantau menyatakan bahawa perjanjian yang bakal dimeterai di antara Amerika Syarikat dan Arab Saudi itu berkemungkinan akan melibatkan penjualan pesawat-pesawat pejuang generasi kelima, F-35 dan pelbagai jenis senjata yang lain kepada Riyadh.

Walaupun beberapa negara Arab Teluk seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah pun menyuarakan hasrat mereka untuk membeli pesawat pejuang F-35 itu, namun Washington enggan tunduk terhadap permintaan itu disebabkan bantahan Israel yang mahu mengekalkan “kelebihan kualitatif” mereka secara ketenteraan di Timur Tengah.

Jikalau perkara itu benar-benar itu, maka Arab Saudi akan menjadi menjadi negara Arab yang pertama untuk memiliki pesawat pejuang F-35.

B-52
Pesawat B-52 diiringi pesawat F-15 Tentera Udara Diraja Arab Saudi. (gambar kredit U.S CENTCOM)

 

Washington mungkin bimbang akan kehilangan pelanggan utamanya itu kepada negara-negara lain seperti Perancis yang telah pun menawarkan sehingga 100 buah pesawat pejuang Rafale kepada negara Arab yang kaya-raya hasil sumber minyaknya itu.

Arab Saudi dilapor sedang mempertimbangkan perolehan di antara 100 hingga 200 pesawat pejuang Rafale buatan syarikat Dassault Aviation daripada Perancis, selepas hasratnya untuk memiliki F-35 “dihalang” oleh pentadbiran Jo Biden yang mahu mempertahankan kepentingan Israel.

Selama bertahun-tahun, Tentera Udara Arab Saudi diperkuatkan oleh pesawat-pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat seperti F-15 dan Eropah seperti Eurofighter Typhoon, tetapi kini ia merasakan perlu melihat kepada Perancis untuk bekalan pesawat pejuang pada masa depan.

Riyadh dikata sedang menimbangkan dengan mendalam opsyen memperolehi pesawat pejuang Rafale itu kerana tertarik dengan dasar pertahanan Perancis yang “bebas” dengan tidak mengaitkan penjualan senjata dengan isu-isu lain seperti rekod hak asasi manusia, politik dan lain-lain-lain.

Dasar pertahanan Paris yang bebas dan tidak terikat dengan isu-isu lain telah menarik perhatian Arab Saudi dan “mendekatkan” lagi negara Arab itu kepada pesawat pejuang Rafale.

Tidak dapat memiliki F-35, Arab Saudi kini melihat kepada Rafale, dengan varian terkini pesawat pejuang itu dikenali dengan nama “Super Rafale” dijangka menjadi perhatiannya.

rafale
Rafale

 

Bermula daripada tahun depan hingga 2030, Perancis akan mula membangunkan varian pesawat pejuang Rafale yang lebih canggih, di mana ia dan syarikat pembuat pesawat pejuang itu, Dassault Aviation berharap dapat “mengalahkan” pesawat pejuang F-35 buatan Amerika Syarikat.

Dipanggil Rafale F5 atau “Super Rafale”, Perancis berharap varian terkini pesawat pejuang kebanggaannya itu dapat “menawan kembali” pasaran eksport yang kerap kali ia kecundang terutamanya di tangan pesawat pejuang F-35 yang dibangunkan oleh Lockheed Martin.

Dalam masa yang sama, Arab Saudi juga dilapor mempertimbangkan tawaran oleh China untuk membina loji janakuasa nuklear di negara Timur Tengah itu, dalam satu lagi bukti menunjukkan hubungan diplomatik yang semakin akrab di antara  Riyadh dan Beijing.

Agensi kerajaan, China National Nuclear Corp (CNNC) telah mengemukakan tawaran untuk membina sebuah loji janakuasa nuklear di wilayah timur Arab Saudi berhampiran dengan sempadan negara itu dengan Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), menurut pegawai-pegawai Riyadh.

Arab Saudi sebelum ini dilaporkan  cuba bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam usahanya untuk melaksanakan program tenaga nuklear untuk awam tetapi Washington meletakkan syarat kepada Riyadh memintanya supaya mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Menurut media berpengaruh Amerika Syarikat, Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman bersedia untuk bekerjasama dengan agensi China itu sekiranya rundingan dengan pihak Amerika Syarikat itu menemui jalan buntu.  

nuklear

Arab Saudi bercadang membina 16 buah loji janakuasa nuklear di negara itu untuk tempoh 25 tahun pada kos US$80 bilion dalam usahanya untuk mengurangkan kebergantungannya kepada minyak dan gas, walaupun rizab minyak dan gas oleh negara Arab Saudi itu adalah kedua terbesar di dunia.

Selain itu, agensi industri pertahanan Arab Saudi, Saudi Arabian Military Industries (SAMI) juga dilapor sedang berbincang dengan China North Industries Group Corporation (NORINCO) untuk membeli pelbagai jenis sistem persenjataan termasuklah  sistem pesawat tanpa pemandu dan sistem pertahanan udara.

Angkatan Tentera Arab Saudi bercadang memperolehi sistem pertahanan udara buatan China, HQ-17AE yang sebenarnya adalah berdasarkan kepada sistem pertahanan udara “TOR” yang dibangunkan oleh Russia.

Cumanya, sistem pertahanan udara HQ-17AE itu telah dinaiktaraf dan kemampuannya telah dipertingkat oleh China.

Selain itu Arab Saudi dilaporkan telah pun membeli sistem dron VTOL (Vertical Take-Off Landing) CR500, dron Cruise Dragon 5, sistem loitering munition dan sistem dron Sky Saker FX80 daripada China untuk angkatan tenteranya dalam apa yang disifatkan oleh pemerhati sebagai bukti bahawa hubungan pertahanan yang semakin rapat antara Riyadh dan Beijing. — DSA

Comments
Loading...