Amerika Siap Sedia Untuk Terlibat Secara Langsung Dalam Konflik Hamas-Israel?
Antara persoalan utama yang dibangkit adakah sama ada Amerika Syarikat sedang bersiap-sedia untuk terlibat secara langsung dalam konflik di antara Israel dan Hamas sekiranya pejuang-pejuang Hezbollah di selatan Lubnan turut sama terlibat dalam konflik.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dikala konflik di antara Israel dan Hamas telah pun memasuki tempoh seminggu, Amerika Syarikat pula mengerahkan lebih banyak asetnya ke Timur Tengah termasuk pesawat pejuang A-10 “Warthog” yang terkenal dengan kemampuan melakukan serangan daratnya.
Pesawat pejuang A-10 Warthog merupakan pesawat serangan darat utama bagi tentera Amerika Syarikat.
Penghantaran lebih banyak pesawat A-10 yang sememangnya direka untuk (CAS) Close Air Support seperti membedil sasaran darat seperti kubu-kubu pertahanan dan kereta perisai menimbulkan beberapa persoalan.
Antara persoalan utama yang dibangkit adakah sama ada Amerika Syarikat sedang bersiap-sedia untuk terlibat secara langsung dalam konflik di antara Israel dan Hamas sekiranya pejuang-pejuang Hezbollah di selatan Lubnan turut sama terlibat dalam konflik.
Jika Hezbollah turut terlibat sama dalam konflik di antara Israel-Hamas, terdapat kemungkinan konflik sedia ada bakal merebak yang akan melibatkan beberapa negara lseperti Iran dan kumpulan-kumpulan bersenjata serantau yang lain.
Mungkin sebab itulah Amerika Syarikat mengerahkan pesawat pejuang A-10 yang direka khusus untuk memusnahkan sasaran-sasaran di darat bersama-sama asetnya yang lain ke Timur Tengah, atas jangkaan sesuatu yang “besar” bakal berlaku di rantau yang sentiasa “panas” itu.
Pada ketika ini, sebuah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Gerald R.Ford dan kapal-kapal pengiringnya telah pun berada di perairan Timur Mediterranean berhampiran Israel dan beberapa hari ini mereka akan disertai sebuah lagi kapal pengangkut pesawat, USS Dwight D.Eisenhower dan kapal-kapal pengiringnya.
USS Dwight D.Eisenhower mampu membawa 60 buah pesawat kombat manakala USS Gerald R.Ford pula boleh membawa 75 buah pesawat kombat.
Pesawat-pesawat A-10 yang akan dikerah ke Timur Tengah berpangkalan di Pangkalan Udara Davis-Monthan di Arizona.
Ia akan menyertai pesawat-pesawat pejuang Amerika Syarikat F-35A, F-15 dan F-16 yang telah pun ditempatkan di beberapa pangkalan udara di Timur Tengah.
Sebenarnya, Amerika Syarikat bercadang menamatkan perkhidmatan pesawat A-10 itu pada tahun 2029 kerana berpendapat ia tidak lagi mampu “survive” dalam berhadapan dengan sistem-sistem pertahanan udara moden.
Tahun ini, usia pesawat A-10 yang dibangunkan oleh syarikat Fairchild Aircraft lebih dikenali dengan panggilan “Warthog” (babi hutan) sudah pun mencecah 51 tahun sejak ia melakukan penerbangan sulungnya pada tahun 1972.
Malah syarikat Fairchild Aircraft yang membangunkan pesawat A-10 itu pun sudah lama bungkus dan diambilalih oleh syarikat M7 Aerospace, sebelum ia juga dibeli oleh syarikat Elbit Systems.
Dilengkapi dengan tujuh barrel meriam 30mm GAU/Avenger “Gatling Gun” yang berkemampuan meledak 3,900 tembakan seminit untuk memusnahkan kereta kebal,kereta perisai dan kedudukan tentera musuh, pesawat A-10 Thunderbolt sememangnya adalah igauan ngeri bagi armor dan infrastruktur pertahanan musuh.
Selain meriam 30mm dengan pelurunya sebesar botol Coca Cola, pesawat A-10 itu juga dilengkapi dengan peluru berpandu “Maverick” dan bom-bom panduan JDAM. — DSA
DEFENCE SECURITY ASIA APPS
To advertise contact admin: [email protected]
Comments are closed.