Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video] Turki Mula Produksi Bersiri UAV Terbaru “Aksungur”

0 519

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turkish Aerospace Industry (TAI) telah memulakan produksi bersiri (serial production) pesawat tanpa pemandunya (UAV) yang terbaru dipanggil “Aksungur”, mendekatkan lagi pengoperasiannya oleh tentera Turki.

TAI ini merupakan syarikat pertahanan Turki yang sama membangunkan UAV Anka.

Selepas ANKA, syarikat kini membangunkan sebuah lagi UAV Medium Altitude Long Endurance (MALE), yang bukan sahaja digunakan untuk misi-misi mengumpul maklumat (Intelligence, Surveillance and Reconnaisance)  tetapi juga untuk operasi offensive.

Untuk misi ISR, “Aksungur” boleh membawa payload yang pelbagai  daripada EO/IR (Electro Optics and Infra Red), SAR dan SIGINT. Manakala bagi operasi-operasi offensive pula, pesawat tanpa pemandu terbaru Turki ini boleh membawa pelbagai persenjataan daripada peluru berpandu kepada bom-bom pintar (precision guided bombs).

Turki
Aksungur

“Aksungur” akan dipacu oleh dua buah enjin PD-170 twin turbocharged enjin diesel yang membolehkan ia terbang setinggi 40,000 kaki di udara.

Pesawat tanpa pemandu ini dikatakan mampu terbang selama 28 jam dengan muatan penuh persenjataan.

Jika untuk misi-misi ISR tanpa membawa sebarang muatan senjata, “Aksungur” dikatakan mampu terbang di antara 49 hingga 55 jam tanpa henti, yang dianggap sebagai suatu kejayaan kepada industri pertahanan Turki.

Teber
Aksungur melepaskan bom 250kg yang dipasang dengan kit panduan laser “Teber.”

Pesawat tanpa pemandu terbaru Turki ini mampu membawa muatan sebanyak 750kg.

Berbanding dengan satu enjin Bayraktar TB2 yang hanya membawa dua peluru berpandu MAM-L, pesawat dua enjin Aksungur pula mampu membawa sehingga 12 buah peluru berpandu MAM-L.

Turki
Kit panduan laser “Teber”.

Selain itu, ia juga mampu membawa bom yang menggunakan kit panduan pintar TEBER (TEBER Laser Guidance Kit) yang dicipta oleh syarikat tempatan, ROKETSAN.

Ia juga boleh membawa bom-bom yang dipasangkan dengan Precision Guidance Kit dan Winged Assisted Guidance Kit yang dibangunkan oleh syarikat tempatan TUBITAK SAGE.

Turki
Aksungur membawa beberapa peluru berpandu MAM-L.

Dengan integrase dengan pelbagai kit-kit panduan laser akan menjadikan persenjatan dan misi yang mampu dilaksanakan oleh Aksungur lebih pelbagai.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...