Algeria Peroleh “Aksungur”, Dipercayai Ganti Dron China Miliknya Yang “Bermasalah”
Usaha China untuk muncul sebagai antara negara pengeksport senjata utama dunia seiring dengan Amerika Syarikat dan Russia berhadapan dengan masalah besar, apabila satu demi satu negara pengguna dron kombat keluarannya terutama di Timur Tengah dan Afrika Utara mengambil keputusan untuk menghentikan penggunaannya, walaupun mereka baru sahaja membelinya.
Usaha China untuk muncul sebagai antara negara pengeksport senjata utama dunia seiring dengan Amerika Syarikat dan Russia berhadapan dengan masalah besar, apabila satu demi satu negara pengguna dron kombat keluarannya terutama di Timur Tengah dan Afrika Utara mengambil keputusan untuk menghentikan penggunaannya, walaupun baru sahaja membelinya.
Tindakan negara-negara terbabit menghentikan penggunaan dron kombat keluaran China itu telah menjejaskan imej Beijing sebagai negara pengeluar senjata utama dunia, menimbulkan persoalan sama ada produk-produk pertahanan keluaran negara itu memiliki ketahanan.
Menurut laporan-laporan media, laporan juga mengatakan bahawa Jordan telah bertindak menjual semula dron kombat (UCAV) CH-4B keluaran China walaupun negara Timur Tengah itu baru sahaja membelinya kira-kira dua tahun lepas.
Puncanya adalah kerana “Jordan tidak berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh dron terbabit” dan mahu menghentikan penggunaannya serta menjualnya, menurut tentera Jordan kepada portal berita pertahanan antarabangsa, Shepard Media.
Dron kombat CH-4B itu telah dibangunkan oleh China Academy of Aerospace Aerodynamics, sebuah entiti dibawah China Aerospace Science and Technology Corporation (CASC).
Pihak tentera Jordan dikatakan membeli sehingga enam buah dron kombat CH-4, yang rekabentuknya adalah hampir sama dengan dron Predator buatan Amerika Syarikat.
Laporan media antarabangsa juga mendakwa Iraq telah membeli 10 buah dron kombat CH-4 itu daripada China tetapi negara pengeluar minyak itu hanya mampu menerbangkan hanya satu daripada 10 dron terbabit disebabkan masalah penyelenggaraan yang serius. — DSA
DOWNLOAD APPS DEFENCE SECURITY ASIA