Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Akibat Serangan Dron Houthi, Kapal Friget Greek “Hydra” Tamatkan Operasi Lebih Awal di Laut Merah

“Apa yang malang adalah Pusat Operasi NATO di Larissa hanya memberitahu komander kapal friget Greek itu tentang pelancaran dron berani mati oleh kumpulan bersenjata Houthi itu kira-kira satu minit selepas dron berani mati itu meletup,” menurut laporan di dalam media Greek.

0 5,164

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal friget kelas-Hydra Tentera Laut Greek “Hydra” terpaksa memendekkkan misi mereka di Laut Merah selepas mengalami apa yang disifatkan sebagai anak-anak kapalnya pengalaman seperti berada di “neraka” sepanjang misi itu.

Kapal friget Tentera Laut Greek itu yang terlibat dalam “Operation Aspides” anjuran Kesatuan Eropah sepatutnya menamatkan penyertaannya dalam operasi pada Julai tetapi disebabkan pelbagai masalah dihadapinya maka penyertaannya ditamatkan sebulan lebih awal iaitu pada Jun.

“Insiden yang serius telah berlaku pada 19 Mei yang lalu apabila sebuah dron berani mati yang dilancarkan oleh kumpulan bersenjata Houthi meletup kira-kira 150 meter daripada kapal friget Greek daripada kelas-Hydra ketika ia sedang mengiringi kapal dagang di Laut Merah itu.”

“Apa yang malang adalah Pusat Operasi NATO di Larissa hanya memberitahu komander kapal friget Greek itu tentang pelancaran dron berani mati oleh kumpulan bersenjata Houthi itu kira-kira satu minit selepas dron berani mati itu meletup,” menurut laporan di dalam media Greek.

Berikutan daripada insiden yang serius itu, 10 orang krew kapal friget Tentera Laut Greek itu membuatkan permohonan segera meminta mereka dihantar pulang.

Greek
“Hydra”

 

Menurut anak-anak kapal friget Tentera Laut Greek itu,  kapal perang mereka tidak memiliki sistem yang moden untuk melindunginya daripada dron-dron.

Selain itu kata mereka, kapal friget kelas-Hydra Greek dilengkapi dengan sistem “Phalanx”  yang telah berusia dan tidak berkesan untuk menangani ancaman daripada dron-dron berani mati.

Krew-krew kapal friget itu menurut anak-anak kapal terpaksa menggunakan sistem persenjataan persendirian mereka untuk menembak jatuh dron-dron berani mati dilancar oleh pihak musuh bagi menyelamatkan kapal perang mereka daripada dibedil.

Terdapat insiden dimana anak-anak kapal menyangka bintang di langit sebagai dron berani mati dilancar oleh kumpulan Hourhi terhadap mereka sehingga menyebabkan mereka melepaskan tembakan terhadapnya.

Pada awal Januari lalu kerajaan Greek mengumumkan bahawa ia akan menghantar kapal friget kelas-Hydra untuk terlibat dalam operasi di Laut Merah yang dikelolakan oleh Kesatuan Eropah.

Bagaimanapun laporan-laporan media di Greek menyatakan bahawa sebaik sahaja berita tentang penyertaan kapal friget Tentera Laut Greek itu dalam operasi di Laut Merah, dilaporkan seramai 17 anak-anak kapalnya telah menghantar surat perletakan jawatan kerana tidak mahu menyertai misi itu.

Greek
“Hydra”

 

Anak-anak kapal kapal friget kelas-Hydra Tentera Laut Greek itu dilaporkan meletak jawatan kerana tidak mahu terlibat dan bersekongkol dengan tindakan Amerika Syarikat dan Britain mengebom Yemen.

Kapal friget “Hydra” Tentera Laut Greek itu adalah salah satu daripada empat kapal friget kelas-Hydra yang dibangunkan daripada rekabentuk MEKO 200.

Keempat-empat kapal friget kelas-Hydra Tentera Laut Friget itu dibina oleh syarikat Jerman, Blohm + Voss, dengan kapal pertama telah diserahkan kepada Greek pada 1992.

Kapal friget kelas-Hydra itu membawa 205 anak kapal.

Berkeupayaan meluncur selaju 30 knot, kapal friget kelas-Hydra Tentera Laut Greek itu turut dilengkapi dengan sistem persenjataan seperti peluru berpandu darat-ke-udara “ESSM”, torpedo dan peluru berpandu anti-kapal “Harpoon.” — DSA

 

 

Comments
Loading...