Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

HMS Queen Elizabeth, CSG21 Adakan Latihan Dengan Tentera Laut Singapura

Latihan tersebut yang berlangsung semalam bertujuan meningkatkan lagi interoperability dan koordinasi antara kedua-dua tentera laut serta membina kerjasama pertahanan yang mendalam antara United Kingdom dan Singapura.

0 875

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal-kapal perang daripada UK Carrier Strike Group 2021 diketuai kapal pengangkut pesawat, HMS Queen Elizabeth telah melaksanakan latihan bersama dengan kapal-kapal perang Tentera Laut Singapura.

Latihan tersebut yang berlangsung semalam bertujuan meningkatkan lagi interoperability dan koordinasi antara kedua-dua tentera laut serta membina kerjasama pertahanan yang mendalam antara United Kingdom dan Singapura.

Ia adalah latihan yang julung-julung kali diadakan antara CSG21 dan Tentera Laut Singapura.

Antara kapal-kapal perang yang terlibat dalam latihan bersama semalam adalah:

  • HMS Queen Elizabeth
  • HMS Kent, Type 23 friget anti-kapal selam
  • HNLMS Evertsen, friget kelas-De Zeven Provicien-class frigate (Tentera Laut Belanda)
  • USS The Sullivans, destroyer kelas-Arleigh Burke (Tentera Laut Amerika)
  • RFA Tidespring, Fast Fleet Tanker
  • RSS Intrepid friget kelas-Formidable (Tentera Laut Singapura)
  • RSS Unity littoral mission vessel kelas-Independence (Tentera Laut Singapura)
  • RSS Resolution landing ship tank kelas-Endurance (Tentera Laut Singapura)
Queen Elizabeth
Kapal-kapal CSG21 dengan kapal Tentera Laut Singapura.

 

Sehari sebelum itu, HMS Queen Elizabeth,  USS The Sullivans, HNMLS Evertsen dan beberapa pesawat pejuang daripada CSG21 turut mengadakan latihan “Passage Exercise” (PASSEX) dengan kapal KD Jebat dan KD Lekiu serta helikopter Super Lynx di Selat Melaka.

Kapal-kapal CSG21 juga mengadakan latihan dengan Tentera Laut Thailand dan Brunei.

CSG21 memulakan pelayarannya daripada United Kingdom pada Mei lepas dan telah singgah di Laut Mediterranean, Lautan Hindi dan selepas berada di Asia Tenggara akan meneruskan pelayarannya ke Laut China Selatan sebelum mengakhirinya di Jepun.

Ia juga akan mengadakan latihan dengan kapal-kapal perang sekutu di Laut Filipina, sebelum kembali ke Singapura untuk mengadakan latihan Ekesesais Bersama dengan Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand.

Latihan itu adalah sempena 50 tahun FPDA. (Five Power Defence Arrangement).

Queen Elizabeth

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...