Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Ahmad Massoud, Anak Kepada “Lion of Panjshir” Ketuai Penentangan

Anak beliau, Ahmad Massoud baru sahaja berusia 32 tahun tetapi bersama-sama Amrullah Salleh, naib presiden Afghanistan, mereka akan mengangkat senjata bagi menentang pemerintahan Taliban di negara itu.

0 1,339

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hanya beberapa hari selepas Taliban menawan Kabul dan hampir keseluruhan  Afghanistan, penentangan terhadap kumpulan militan itu secara rasminya pun bermula dan ia diketuai oleh anak kepada Ahmad Shah Massoud, yang terkenal dengan panggilan “Lion of Panjshir” (Singa Panjshir).

Anak beliau, Ahmad Massoud baru sahaja berusia 32 tahun tetapi bersama-sama Amrullah Salleh, naib presiden Afghanistan dan bekas Menteri Pertahanan negara itu, mereka akan mengangkat senjata bagi menentang pemerintahan Taliban di negara itu.

Ahmad hanya berusia 12 tahun ketika bapanya terbunuh dalam serangan yang dirancang oleh Al-Qaeda dan Taliban pada 2001, beberapa bulan sebelum kejadian serangan terhadap Pentagon dan World Trade Centre.

Dalam satu penulisan di dalam akhbar “The Washington Post,” beliau berkata, “Saya menulis daripada Lembah Panjshir hari ini,  bersedia untuk mengikut jejak langkah bapa saya bersama-sama pejuang Mujahideen untuk menentang Taliban sekali lagi.”

“Kami mempunyai simpanan peluru dan senjata yang telah kami kumpul dengan sabar sejak zaman bapa saya , kerana kami tahu hari ini akan tiba jua.”

Panjshir
Ahmad Massoud (kanan), manakala (kiri) pula bapanya,Ahmad Shah Massoud, panglima perang yang lebih dikenali sebagai “Lion of Panjshir.”

 

Bagaimanapun, beliau turut meminta Washington bantuan senjata untuk menentang Taliban.

Sememangnya, sejak daripada era penjajahan Soviet Union, Lembah Panjshir yang terletak kira-kira 100km di utara Kabul telah menjadi kubu kepada usaha-usaha penentangan dan kini ia menjadi pusat kepada usaha kebangkitan terhadap Taliban pula.

Sejak daripada zaman pencerobohan Soviet Union dan Taliban, Lemban Panjshir yang dikelilingi oleh gunung-ganang dan bukit-bukau Hindu Kush tidak pernah sesekali ditawan.

Namun, Lembah Panjshir kini dikelilingi oleh wilayah-wilayah yang telah pun dikuasai oleh Taliban.

Anak kepada Ahmad Shah Massoud itu mendapat pendidikan awal di Iran, sebelum melanjutkan pendidikan ketenteraannya di Kolej Tentera Sandhurst, Britain.

Panjshir
Ahmad Massoud bersama-sama pejuang Northern Alliance.

 

Beliau juga mendapat pendidikan di King’s College dengan Ijazah di dalam War Studies pada 2015 dan Sarjana dalam Politik Antarabangsa daripada University of London pada 2016.

Mengikut jejak bapanya, Ahmad menubuhkan “National Resistance Front of Afghanistan” pada 2019, mengikut “Northern Alliance” yang disertai oleh bapanya pada pertengahan 1990-an bagi menentang pencerobohan Soviet Union dan kemudiannya Taliban.

“Northern Alliance” mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat, India, Tajikistan, Uzbekistan dan Turkmenistan.

Ahmad mendakwa penentangan terhadap Taliban menerima sokongan daripada anggota tentera Aghanistan yang turut membekalkan mereka dengan senjata.

Panjshir
Lembah Panjshir

Panjshir

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...