Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Buat Pertama Kali, Russia Siar Video Pelancaran Sistem Pertahanan Udara “S-500 Prometheus”

Dalam video berkenaan, sistem pertahanan udara terbaru Russia itu adalah berdasarkan kepada trak 10 tayar BAZ-69096.

0 3,964

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kali, Kementerian Pertahanan Russia telah mengeluarkan video awam menunjukkan pelancaran peluru berpandu sistem pertahanan udara terbarunya iaitu,  S-500 “Prometheus” yang dibangunkan oleh syarikat negara itu, Almaz Antey.

Dalam video berkenaan, sistem pertahanan udara terbaru Russia itu adalah berdasarkan kepada trak 10 tayar BAZ-69096.

Menurut kenyataan oleh Kementerian Pertahanan Russia itu, sistem pertahanan udara S-500 itu berjaya memintas peluru berpandu ballistik dalam ujian pelancaran yang dilaksanakan di Lapang Sasar Kapustin Yar.

“Sistem pertahanan udara yang moden itu telah dilancarkan dalam ujian yang diadakan di Lapang Sasar Kapustin Yar untuk memintas sasaran balistik. Menurut data-data yang direkodkan, sasaran balistik itu berjaya dimusnahkan.”

“Ujian pelancaran hari ini adalah sebahagian daripada ujian untuk mengesahkan kemampuan taktikal dan teknikal sistem itu dan keupayaan sistem persenjataan Russia,” kata kenyataan itu.

 

Pengumuman tentang sistem pertahanan udara S-500 hari ini menyusul kejayaan pelancaran peluru berpandu hypersonic “Tsirkon” oleh Russia semalam.

Sistem pertahanan udara S-500 akan dikerahkan ke Unit Pertahanan Udara Moscow selepas segala ujian selesai.

Menurut maklumat-maklumat sebelum ini, sistem pertahanan udara terbaru Russia ini berkemampuan mengesan dan menangani 10 peluru berpandu hypersonic secara serentak yang meluncur pada kelajuan di antara 11,000 batu sejam hingga 16,000 batu sejam.

s-500

Jarak sasaran effektif sistem peluru berpandu pertahanan udara ini adalah kira-kira 600km, dengan ramai penganalisis mengatakan S-500 “Prometheus” adalah sistem pertahanan udara paling canggih di dunia pada ketika ini.

Ia bukan sahaja mampu menembak jatuh pesawat,peluru berpandu balistik tetapi juga satelit yang berlegar di Low Earth Orbit.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...