Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bekas Tentera Ditembak Mati Dlm Kejadian Serangan Pos Kawalan ATM Di Gerik – Polis

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang mengesahkan kejadian itu berkata bekas anggota tentera berusia 35 tahun itu yang bersenjatakan parang telah cuba menceroboh ke kawasan batalion dengan memanjat pagar pintu hadapan kira-kira pukul 6.45 petang.

0 6,753

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam kejadian yang berlaku petang semalam, seorang bekas anggota tentera mati ditembak selepas cubaan menyerang pos kawalan Batalion ke-4 Regimen Sempadan, Angkatan Tentera Malaysia di Gerik.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang mengesahkan kejadian itu berkata bekas anggota tentera berusia 35 tahun itu yang bersenjatakan parang telah cuba menceroboh ke kawasan batalion dengan memanjat pagar pintu hadapan kira-kira pukul 6.45 petang semalam.

“Lelaki tersebut kemudiannya telah diberikan amaran oleh anggota tentera yang berkawal di pos pengawal pintu hadapan berkenaan namun lelaki berkenaan telah bertindak agresif dengan menyerang dengan menggunakan senjata yang dibawa.

“Di dalam pergelutan tersebut, anggota tentera telah melepaskan tembakan dan mengenai lelaki itu yang kemudiannya dibawa ke Hospital Gerik oleh pihak polis sebaik dimaklumkan namun telah disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Polis Perak
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid

 

Siasatan lanjut oleh polis kata Ketua Polis Perak itu mendapati, lelaki itu pernah berkhidmat dengan angkatan tentera pada 2003 sebelum ditamatkan perkhidmatannya pada 2013 kerana mempunyai masalah mental.

Menurut Mior Faridalathrash, siasatan lanjut juga dijalankan bagi menyiasat punca sebenar kejadian.

Pihak polis turut merampas beberapa barang berkaitan kes tersebut.

“Kami masih menunggu laporan bedah siasat forensik yang akan dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Kes di siasat di bawah Seksyen 9 Akta Kawasan Larangan Tempat Larangan 1959.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan untuk dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Kami harap tiada sebarang spekulasi oleh orang ramai hingga menjejaskan siasatan berkenaan,” katanya.

Serang Kem
Ganbar Media Sosial
Serang Kem
Gambar Media Sosial

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...