Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Penyelamat Kapal Selam “MV Mega Bakti” Dikerah Cari KRI Nanggala?

Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan daripada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tentang penglibatan MV Mega Bakti dalam misi SAR kapal selam Indonesia itu.

0 4,465

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Terdapat laporan mengatakan kapal penyelamat Submarine Escape and Rescue (SMER) MV Mega Bakti milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan terlibat dalam misi mencari dan menyelamat kapal selam tentera laut Indonesia (TNI-AL) “KRI Nanggala” yang hilang di perairan utara Bali.

Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan daripada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tentang penglibatan MV Mega Bakti dalam misi SAR kapal selam Indonesia itu.

Jika laporan bahawa kapal MV Mega Bakti itu bakal terlibat dalam misi SAR kapal selam itu, maka ia akan menyertai kapal-kapal seumpama daripada Singapura, Australia dan lain-lain negara.

Kapal MV Bakti itu dilengkapi dengan pelbagai peralatan termasuk Submarine Rescue Diving and Recompression System.

Kapal MV Swift Rescue yang berpengakalan di Changi Naval Base dan dioperasikan oleh Tentera Laut Singapura diberitakan telah pun belayar ke kawasan insiden di utara Bali itu.

Sebuah kapal selam milik tentera laut Indonesia (TNI AL) “hilang kontak” ketika dalam latihan penembakan torpedo di utara Bali.

Terdapat lebih 50 krew kapal selam berada di dalam KRI Nanggala-402 buatan Jerman yang dibina pada tahun 1979 itu ketika ia hilang kontak di Bali itu.

Kehilangan kapal selam Indonesia telah pun disahkan oleh pihak tentera negara itu.

Terdapat laporan mengatakan KRI Nanggala itu berada di dasar laut sedalam 700 meter.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...