Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Hishammuddin Ke Beijing, Adakah Isu Laut China Selatan Bakal Dibincang?

Adakah isu berkenaan Laut China Selatan akan dibincangkan oleh Hishammuddin dan rakan sejawatnya, Wang Yi?

0 1,219

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas negara-negara Timur Tengah, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein bakal melakukan lawatan rasmi selama dua hari ke China bermula esok (hari ini).

Ia adalah lawatan rasmi beliau yang pertama ke China sejak dilantik sebagai Menteri Luar pada Mac tahun lepas dan adalah diatas jemputan rakan sejawatnya, Wang Yi.

Wang Yi
Menteri Luar Malaysia dan rakan sejawatannya daripada China dalam pertemuan di Kuala Lumpur tahun lepas.

“Kedua-dua pihak akan membincangkan inisiatif baharu untuk memacu kerjasama dua hala dengan tumpuan khusus terhadap kerjasama pasca pandemik, termasuk perjalanan rentas negara dan kerjasama dalam bidang vaksin

“Malaysia dan China mewujudkan kerjasama erat dalam pelbagai bidang dan perkongsian strategik komprehensif. Lawatan ini adalah penting untuk memastikan penjanaan semula aktiviti dua hala dan kesalinghubungan dapat dilaksanakan,” kata kenyataan Wisma Putra.

Kedua-dua pihak menurut kenyataan itu akan membincangkan pelbagai isu semasa serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Adakah isu berkenaan Laut China Selatan akan dibincangkan oleh kedua-dua mereka? Admin rasa harapan adalah tipis dan jika ada dibincangkan pun, ia sesekali tidak akan menghentikan pencerobohan kapal-kapal pengawal pantai China di Beting Patinggi Ali dan kawasan perairan negara yang lain.

Beijing di bawah Presiden Xi Jinping dan diplomat-diplomatnya yang digelar “wolf warrior” bakal “buat pekak je” jika kita bawa isu Laut China Selatan.

China mendakwa sebahagian besar Laut China Selatan termasuklah perairan sekitar Beting Patinggi Ali adalah miliknya.

Beijing
Latihan tentera laut China di Laut China Selatan.

Admin rasa kita akan serahkan pada forum multilateral untuk bincang tentang Laut China Selatan. Tiada keberanian untuk “face the issue head-on.”

Sementara itu, kenyataan juga berkata, berdasarkan hala tuju Sidang Kemuncak ASEAN – China Ke-23, kedua-dua negara akan turut memberi tumpuan kepada usaha untuk menjayakan ASEAN – China Year of Sustainable Development Corporation, pengukuhan kerjasama dalam Ekonomi Biru dan membincangkan isu sejagat membabitkan keselamatan serantau.

Tak apalah, kita tunggu sahajalah hasil lawatan itu nanti.

Wisma Putra sudah pasti akan mengeluarkan kenyataan yang “berbunga-bunga” mengenai hasil lawatan Menteri Luar itu, tentang bagaimana hubungan kita dengan Beijing amat rapat, bla, bla, bla, bla, bla, bla, bla, bla…..

Tapi bila tiba berkenaan Laut China Selatan, admin yakin isu panas  itu“will fail to make it to the press release”.

Mungkin kedua-dua pihak tidak mahu mengembar-gemburkan isu Laut China Selatan itu. Bincang “senyap-senyap.” Entahlah.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...