Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Panglima 10 Bgd Para Sertai Penerjunan Bebas Tempur

Penerjunan bertujuan mempertajamkan lagi kemahiran penyusupan untuk menyelamatkan zon gugur dan penugasan spesifik lain di belakang garisan musuh.

0 2,883

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Seramai tujuh pegawai dan 14 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kompeni Tinjau 10 Briged (10 Bgd) (Para) terlibat dalam Latihan Penerjunan Bebas Tempur yang diketuai oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal di Zon Gugur (ZG) NANGKA.

Latihan pada 4 Mac 2021 dilakukan secara stand off dan on target dari ketinggian 10,000 kaki.

10 Bgd Para
Gambar ehsan BTDM

Ini bertujuan mempertajamkan lagi kemahiran penyusupan untuk menyelamatkan zon gugur dan penugasan spesifik lain di belakang garisan musuh.

Selain itu, bagi memastikan tahap kesiagaan dan keupayaan anggota Kompeni Tinjau 10 Bgd (Para) sentiasa berada di tahap tertinggi pada sebilang masa. Latihan sebegini menjadi satu keperluan dalam meningkatkan Para Readiness disamping meningkatkan kemahiran penerjun bebas 10 Bgd (Para) sebagai sebuah Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) dan sentiasa siap sedia diaturgerakkan dalam pelbagai dimensi operasi.

10 Bgd Para
Gambar ehsan BTDM

Latihan ini direalisasikan dengan bantuan pesawat udara C 130 H dari 20 Skn TUDM, Pangkalan Udara Subang. Di samping itu, latihan ini juga merupakan sebahagian daripada persiapan menghadapi Eksesais GERAK PANTAS 10 Bgd (Para). – 10 Briged (Para)

Maklumat dan gambar daripada Page FB Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM)

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...