Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TLDM Tempatkan Empat Buah Littoral Mission Ship (LMS) Kawal Perairan Sabah

TLDM juga dalam perancangan untuk memperolehi beberapa lagi buah kapal LMS.

0 3,609

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi kawalan perairan negara, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menempatkan lagi dua buah LMS (Littoral Mission Ship) di perairan Sabah.

Kedua-dua buah LMS itu akan ditempatkan di Markas Pemerintahan Armada Timur, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

KD Sundang
Kapal LMS TLDM, KD Sundang

 

Dengan kehadiran dua lagi buah LMS di Sabah, ia akan menjadikan keseluruhan bilangan LMS di negeri itu sebanyak empat buah.

Panglima TLDM Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata, dua buah LMS yang sudah pun ditempatkan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu adalah KD Keris dan KD Sundang yang dibeli daripada China. TLDM bakal menerima dua lagi buah LMS pada Oktober dan Disember ini. Kesemua kapal itu ditempatkan di Sabah kerana ia sesuai untuk menjalankan operasi di negeri ini.

Chinese Coast Guard
Kapal Pengawal Pantai China 3901 adalah kapal pengawal pantai terbesar dunia pada 12,000 tan.

 

Penempatan keempat-empat buah LMS di perairan Sabah itu penting untuk menangani beberapa masalah keselamatan seperti jenayah rentas sempadan oleh kumpulan-kumpulan penjenayah yang bersembunyi di pulau-pulau terpencil di selatan Filipina.

Salah satu kumpulan penjenayah itu adalah mereka yang terlibat dengan aktiviti Kidnap-For Ransom (KFR).

TLDM bersama-sama pasukan keselamatan yang lain juga perlu memastikan sempadan perairan negara bebas daripada sebarang pencerobohan oleh pendatang asing tanpa izin dan penyeludup-penyeludup yang mengakibatkan negara kehilangan hasil jutaan ringgit setiap tahun.

Untuk berdepan dengan kapal-kapal pengawal pantai China yang bersaiz sehingga 12,000 tan mungkin kapal LMS kita tidak sesesuai, namun kehadiran mereka di perairan Laut China Selatan itu amat penting sebagai simbolik bahawa perairan dimiliki oleh kita.

Sementara itu, Panglima TLDM juga berkata, TLDM mempunyai perancangan untuk memperolehi beberapa lagi kapal LMS.

Bagaimanapun, setakat ini pihaknya masih belum menentukan jenis dan pembuatnya yang akan ditentukan kemudian.

Harap TLDM upgrade saiz LMS yang bakal diperolehinya akan datang itu supaya bukan sahaja ia lebih besar untuk menempuh laut bergelora, tetapi juga lebih berkemampuan daripada segi persenjataanya untuk menghadapi pelbagai ancaman.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...