Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Friget Dan Kapal Selam Nuklear Perancis Adakan Latihan Di Selat Sunda

0 890

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal friget Tentera Laut Perancis kelas- Floreal FS Vendemiaire (F734) dan kapal selam berkuasa nuklear negara itu,  FS Emeraude (S604) berada di kawasan perairan Indonesia hari ini.

Kedua-dua kapal perang itu mengadakan latihan bersama dengan Tentera Laut Indonesia di Selat Sunda.

Perancis
Sebuah kapal friget Tentera Laut Perancis kelas- Floreal FS Vendemiaire (F734) dan kapal selam berkuasa nuklear negara itu,  FS Emeraude (S604) mengadakan latihan di perairan Indonesia hari ini. (gambar kredit TNI-AL)

Antara latihan-latihan yang dijalankan melibatkan Passing Exercise (PASSEX) yang merupakan bentuk pengawasan dan pengamanan terhadap kapal-kapal negara sahabat yang melintasi perairan Indonesia, FLASHEX, FLAGHOIST dan PHOTOEX.

Dalam latihan itu, Tentera Laut Indonesia mengerahkan tiga buah kapal perangnya iaitu KRI Barakuda, KRI Tenggiri dan KRI Cakalang. Panglima Komando Armada 1 Laksamana Muda TNI Abdul Rashid berkata latihan adalah sebahagian daripada program Tentera Laut Indonesia dan usaha mengukuhkan diplomasi militer dengan negara sahabat. Beliau berharap latihan itu mampu memguatkan lagi hubungan Indonesia-Perancis  dalam menjaga keamananan.

Perancis
Anggota tentera Indonesia memberikan tabik hormat kepada kapal friget Tentera Laut Perancis kelas- Floreal FS Vendemiaire (F734). (gambar kredit TNI-AL)

Kapal friget FS Vendemiaire ini adalah seberat di antara 2,600 tan-3,000 tan turut membawa sebuah helikopter.

Sementara itu kapal selam nuklear kelas-Rubis, FS Emeraude dikatakan sedang dalam longterm deployment ke pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Guam, Pasifik.

Kapal selam kelas-Rubis ini dilengkapi dengan peluru berpandu SM39 Exocet, torpedo dan periuk api.

Menarik juga kapal selam Perancis ini melakukan latihan di Selat Sunda, memandangkan China juga amat berminat dengan laluan di selat itu dan Selat Lombok.

China dikatakan sedang meninjau beberapa laluan alternatif bagi kapal-kapal selamnya sekira Selat Melaka dikepung oleh tentera laut Amerika  jika konflik antara kedua-dua negara itu terjadi.

Baru-baru ini, kapal pengawal pantai Indonesia telah memintas sebuah kapal penyelidikan marin China berhampiran Selat Sunda.

Kapal penyelidikan marin China itu, Yang Xiang Hong 03 dipercayai memeta laluan dasar laut di Selat Sunda menggunakan sonar.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...