Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Peluru Berpandu MAM-L Dipertingkat, “Bayraktar TB2” Lebih Berbahaya

0 691

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Peluru berpandu MAM-L Smart Micro Munitions yang melengkapkan pesawat tanpa pemandu (UAV) “Bayraktar TB2” telah dipertingkatkan kemampuan daripada segi jarak maksimumnya.

Sebelum ini jarak effektif peluru berpandu itu adalah disekitar 8km, tetapi kini ia boleh membedil sasaran musuh sehingga 15km dengan panduan laser selepas peningkatan kemampuannya oleh syarikat pembuatnya, Roketsan.

Ia sekaligus meningkatkan kemampuan “Bayraktar TB2” yang turut telah dinaiktaraf dengan kemampuan satellite linkages yang membolehkan ia beroperasi lebih jauh berbanding versi non-satelit/radio Bayraktar TB2.

Peluru berpandu MAM-L Smart Micro Munitions telah dibangunkan oleh syarikat pertahanan tempatan, Roketsan. Digandingkan dengan UAV Bayraktar TB2, mereka telah menunjukkan prestasi yang amat baik ketika beraksi di Syria,Libya dan Nagorno-Karabakh. Peluru berpandu MAM-L juga dijangka akan digunakan oleh UAV-UAV keluaran Turki yang lain seperti “Akinci” dan “Aksungur.”

Bayraktar TB2
Pesawat tanpa pemandu “Bayraktar TB2”

UAV MALE (medium altitude long-endurance) “Akinci” bakal beroperasi dengan membawa sekurang-kurangnya 24 buah peluru berpandu MAM-L yang mampu membedil sasaran sejauh 15km.

Dengan jarak maksimum telah dipertingkatkan kepada 15km, Bayraktar TB2 dengan peluru berpandu MAM-L berada di luar jarak effektif peluru berpandu jarak dekat seperti TOR dan Pantsir-S1.

Kapal-kapal perang laut juga bakal terancam dengan kemampuan terbaru Bayraktar TB2 dan MAM-L.

Baru-baru ini, laporan media Turki mengatakan UAV Bayraktar TB2 dan peluru berpandu MAM-L yang beraksi dengan cemerlang pada konflik di Nagorno-Karabakh telah berjaya memusnahkan kira-kira 1,000 sasaran pihak Armenia, menyebabkan kerugian sebanyak US$1.9 billion.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...