Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Erdogan Lancar Friget Kelas Istanbul (F-515) Yang Pertama

0 676

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan hari ini melancarkan kapal friget kelas Istanbul (F-515) pertama yang dibina dibawah projek pembinaan kapal kebangsaan “MILGEM”.

Menurutnya, projek seperti MILGEM boleh membantu Turki mengatasi cabaran dan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh syarikat-syarikat pembekal global menerusi kekuatannya yang tersendiri.

 

(SILA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOU TUBE “DEFENCE SECURITY ASIA”)

Erdogan berkata, memiliki kekuatan didalam bidang ketenteraan, ekonomi dan diplomatik adalah suatu kemestian dan bukan lagi pilihan bagi Turki.

Pada ketika ini Turki katanya, adalah diantara 10 buah negara di dunia yang boleh merekabentuk, membina dan menyelenggara kapal perangnya sendiri dan negara itu akan berada di kedudukan yang lebih kuat menerusi perlaksanaan lima buah projek dalam tempoh lima tahun. Presiden Turki itu telah memberitahu projek-projek terbabit yang akan meletakkan Turki di kedudukan lebih kuat.

milgem

Antara projek-projek itu adalah pengoperasian kapal selam binaan tempatan pertama “Piri Reis” pada 2022. Menjelang 2027, beliau menjangkakan enam buah kapal selam binaan tempatan akan mula beroperasi.

Mengenai UAV, Erdogan berkata, Turki adalah antara empat negara utama di dunia yang menghasilkan UAV itu.

Beliau juga berkata, negara itu akan membina kapal pengangkut pesawatnya (aircraft carrier) sendiri berdasarkan kepada rekabentuk Amphibious Assault Ship (L-400) “Anadolu” yang kini sedang dibina.

Program MILGEM bermula dengan pembinaan empat buat kapal korvet kelas ADDA yang memiliki 72 peratus bahan-bahan dan peralatan tempatan manakala penggunaan bahan serta peralatan tempatan bagi pembinaan kapal friget kelas Istanbul telah meningkat ke 75 peratus.

Keseluruhannya, Turki akan membina empat buah friget kelas Istanbul yang mampu melaksanakan pelbagai misi seperti anti-air warfare, anti kapal selam, anti surface, reconnaissance, surveillance dan lain-lain lagi.

Kapal friget kelas Istanbul bukan sahaja memiliki rekabentuk yang amat menarik tetapi ia juga dilengkapi dengan pelbagai sistem sensor dan penderia yang moden, selaras dengan kehendak tentera laut Turki yang mahukan ia berkemampuan melaksanakan pelbagai misi.

Dua friget Istanbul yang pertama iaitu F515 dan F516 direkabentuk untuk melaksanakan misi-misi anti-air warfare. Ia akan dilengkapi dengan peluru berpandu ESSM dan peluru berpandu kapal-ke-kapal sama ada Harpoon atau buatan tempatan “Atmaca.”

Ia juga akan dilengkapi dengan sebuah meriam Oto Melara 76mm, dua buah meriam 25mm ASELSAN STOP remotely operated weapon system, sebuah CIWS (Close In Weapon System) dan torpedo 324mm.

Friget kelas Istanbul ini juga berkemampuan melancarkan pesawat tanpa pemandu dan memiliki hangar untuk menempatkan sebuah helikopter S-70B Seahawk bagi melancarkan misi-misi peperangan anti-kapal selam.

Berat keseluruhan kapal friget kelas Istanbul sepanjang 113 meter ini adalah sebanyak 3,000 tan.

istanbul
Kapal friget MILGEM kelas Istanbul (F-515).

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...