Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Gambar F-16D+ Singapura Bawa Peluru Berpandu Udara-ke-Udara Python 5 Dirakam

Gambar pesawat pejuang F-16D+ Tentera Udara Republik Singapura terbang bersama-sama peluru berpandu Python 5 itu telah berjaya dirakam oleh jurugambar dikenali dengan nama Terrence yang telah memuatnaik gambar terbabit di laman Instagram beliau – teraviation baru-baru ini.

0 6,546
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kali selepas bertahun-tahun dispekulasikan sebagai pengguna peluru berpandu udara-ke-udara Python 5 buatan Israel, gambar sebuah pesawat pejuang F-16D+ milik Tentera Udara Republik Singapura sedang berada di udara sambil membawa peluru berpandu tersebut telah berjaya dirakam.
Gambar pesawat pejuang F-16D+ Tentera Udara Republik Singapura terbang bersama-sama peluru berpandu Python 5 itu telah berjaya dirakam oleh jurugambar dikenali dengan nama Terrence yang telah memuatnaik gambar terbabit di laman Instagram beliau – teraviation baru-baru ini.
Menurut kapsyen gambar itu, selain dua butir peluru berpandu udara-ke-udara Python 5, pesawat pejuang F-16D+ Tentera Udara Republik Singapura itu turut membawa dua butir peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM.
Pesawat pejuang F-16D+ republik itu dipercayai sedang dalam tugasan rondaan.
Pada 2023, Tentera Udara Singapura telah mendedahkan kepada umum pesawat pejuang F-16 C/D/D+ yang telah dinaiktaraf dan kini berkemampuan untuk melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat “Python 5” yang dibangunkan oleh Israel.
Menurut laporan berita oleh Channel News Asia, ia menyatakan bahawa “Python 5” adalah salah satu peluru berpandu udara-ke-udara tercanggih dunia.

RSAF F-16D+

Papan tanda maklumat yang ditemui di pangkalan udara Paya Lebar sempena sambutan hari terbuka Tentera Udara Singapura menunjukkan bahawa pesawat F-16 republik itu yang baru sahaja menjalani kerja-kerja naiktaraf kini berkemampuan melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara “Python-5” buatan syarikat Israel itu.
Peluru berpandu udara-ke-udara “Python-5” itu dibangunkan oleh syarikat pertahanan Israel,  Rafael Advance Defense Systems dan menurut pengeluarnya berupaya memusnahkan sasaran udara pada jarak 20km.
Penggunaan peluru berpandu udara-ke-udara “Python-5” oleh pesawat F-16 Singapura itu adalah dijangkakan atas faktor commonality kerana sistem pertahanan udara republik itu juga menggunakan sistem pertahanan udara  “Spyder” yang menggunakan peluru berpandu “Python-5” dan “Derby”.
Tentera Udara Singapura memutuskan untuk melakukan Mid-Life Upgrades (MLU) terhadap 20 daripada 62 buah pesawat F-16 miliknya pada 2016 dan bercadang terus menggunakan pesawat pejuang buatan syarikat Lockheed Martin sehingga selepas tahun 2030.
Baru-baru ini diumumkan pesawat-pesawat pejuang F-16 Tentera Udara  Republik Singapura bakal menerima pakej permodenan dan naik taraf terbaru menerusi kontrak yang dianugerahkan kepada syarikat Lockheed Martin bernilai US$8.7 juta (RM39 juta).
Python-5
Python-5
Kerja-kerja pemodenan dan naik taraf dibawah pakej terbaru ini akan dilaksanakan di Fort Worth, Texas, dan dijangka selesai pada 31 September 2027.
Kerja-kerja menaiktaraf pesawat F-16 Singapura yang dianggarkan bernilai US$2.4 bilion (RM10.8 bilion) itu turut meliputi melengkapkan pesawat-pesawat pejuang milik Singapura dengan radar AESA AN/APG-83 SABR (Scalable Agile Beam Radar) yang dibangunkan oleh Northrop Grumman.
Pembangunan varian awal peluru berpandu udara-ke-udara “Python-5” dikatakan telah bermula sekitar 1990-an dan peluru berpandu itu secara rasminya telah didedahkan kepada khalayak ramai ketika Paris Air Show pada 2003.
Python-5 adalah peluru berpandu dwi-kegunaan sama ada secara udara-ke-udara dan darat-ke-udara, selain mengintegrasikan imaging seeker, perisian moden,  advanced infrared counter-countermeasure (IRCCM) serta sistem kawalan penerbangan.
Python
Python-5
Berat keseluruhan peluru berpandu Python-5 adalah 105kg, dengan kemampuan membawa 11kg bahan peledak jenis “high explosive fragmentation” dilengkapi dengan fius “active laser proximity.”
Program menaiktaraf pesawat F-16C/D/D+ Singapura itu dilakukan oleh Lockheed Martin serta ST Engineering Aerospace.
Tentera Udara Singapura memiliki 62 buah pesawat pejuang F-16C/D Block 52, dengan 14 daripada pesawat itu ditempatkan di Luke Air Force Base di Arizona, Amerika Syarikat manakala 48 buah pesawat ditempatkan di pangkalan udara dalam negara.
— DEFENCE SECURITY ASIA
"use strict"; function e(e, t) { let n = t.parentNode; n.lastChild === t ? n.appendChild(e) : n.insertBefore(e, t.nextSibling) } function t(e, t = document) { if (t.evaluate) return t.evaluate(e, t, null, 9, null).singleNodeValue; e = e.replace(/^\/+/, ""); let n = e.split("/"), l = t; for (let i = 0, r = n.length; i < r && l; i += 1) { let a = /([^\[\]]+)(?:\[(\d+)\])?/.exec(n[i]); if (!a) return null; let [, u, o] = a, f = o ? o - 1 : 0; l = l.getElementsByTagName(u)[f] || null } return l } function n(t) { if (!t) return; let n = document.createDocumentFragment(), l = document.createElement("span"), i = document.createElement("script"); l.insertAdjacentHTML("beforeend", "
"), i.text = "window._taboola = window._taboola || [];_taboola.push({mode:'alternating-thumbnails-a', container:'taboola-below-article-thumbnails', placement:'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix'});", n.appendChild(l), n.appendChild(i), e(n, t) } Array.prototype.filter || (Array.prototype.filter = function(e, t) { if ("function" != typeof e) throw TypeError(); let n = []; for (let l = 0, i = this.length >>> 0; l < i; l += 1) if (l in this) { let r = this[l]; e.call(t, r, l, this) && n.push(r) } return n }), window.insertAfter = e, window.getElementByXPath = t, window.injectWidgetByXpath = function e(l) { let i = t(l) || document.getElementById("tbdefault"); i && n(i) }, window.injectWidgetByMarker = function e(t) { let l = document.getElementById(t); l && l.parentNode && n(l.parentNode) }, window.innerInject = n }();injectWidgetByMarker('tbmarker');

Leave a Reply