Gambar Pertama Pesawat Pejuang J-20 “Mighty Dragon” China Lancar PL-10 Didedah
Gambar itu menunjukkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat PL-10 itu dilihat keluar dari ruang senjata dalaman (internal bays) sebelah kanan pesawat pejuang itu yang turut memaparkan logo PLAAF, dipercayai telah dimuat naik buat pertama kali di akaun rasmi Weibo PLAAF.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Gambar pertama yang jelas menunjukkan pesawat pejuang generasi kelima J-20 milik Tentera Udara China (PLAAF) melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat PL-10 telah muncul.
Gambar itu menunjukkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat PL-10 itu dilihat keluar dari ruang senjata dalaman (internal bays) sebelah kanan pesawat pejuang itu yang turut memaparkan logo PLAAF, dipercayai telah dimuat naik buat pertama kali di akaun rasmi Weibo PLAAF.
Ruang senjata dalaman sisi pesawat itu sememangnya direka khas untuk menempatkan peluru berpandu jarak dekat PL-10 yang berkemampuan membedil sasaran sejauh 20km.
Rekaan mekanikal ruangan senjata dan struktur dalaman J-20 menunjukkan gabungan menarik antara ketepatan kejuruteraan dan fungsi taktikal dalam pertempuran udara, menyerlahkan bagaimana kedua-dua aspek ini saling melengkapi.
Imej terkini pelancaran peluru berpandu PL-10 daripada pesawat pejuang J-20 “Mighty Dragon” itu dikongsi oleh pakar Tentera Udara China, Andreas Rupprecht menerusi platform media sosial.
Walaupun jenis peluru berpandu udara-ke-udara buatan China itu mudah dikenali dalam gambar itu, namun klip video dari November 2023 yang turut menunjukkan pelancaran peluru berpandu itu imejnya adalah agak kabur.
RINGKASAN:
Gambar pertama menunjukkan pesawat pejuang generasi kelima J-20 “Mighty Dragon” milik Tentera Udara China (PLAAF) melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat PL-10 telah didedahkan. Peluru berpandu PL-10, dilengkapi sensor inframerah canggih dan keupayaan lock-on after launch (LOAL), direka untuk menyerang sasaran sehingga 20 km. Dibangunkan sejak 2005, ia kini menggantikan PL-8B sebagai standard PLA, dengan prestasi setanding peluru berpandu ASRAAM dan IRIS-T. Terdapat laporan bahawa China sedang membangunkan pengganti PL-10, dikenali sebagai PL-16.