Perancis Terima Kapal Selam Penyerang Nuklear Kelas-Barracuda Ketiga “Tourville”
Kapal selam penyerang nuklear kelas-Barracuda, Tourville itu merupakan yang ketiga daripada kelas-Barracuda yang telah diserahkan kepada Tentera Laut Perancis setakat ini selepas kapal selam yang pertama, Suffren pada 2020 dan Duguay-Trouin pada tahun lepas.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan Perancis mengumumkan semalam bahawa Directorate General of Armaments (DGA) negara itu menyerahkan kapal selam penyerang nuklear kelas-Barracuda Tourville kepada Tentera Laut Perancis.
Kapal selam penyerang nuklear kelas-Barracuda, Tourville itu merupakan yang ketiga daripada kelas-Barracuda yang telah diserahkan kepada Tentera Laut Perancis setakat ini selepas kapal selam yang pertama, Suffren pada 2020 dan Duguay-Trouin pada tahun lepas.
Program pembinaan kapal-kapal selam penyerang nuklear Perancis itu telah diuruskan oleh DGA dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga Alternatif dan Tenaga Atom Perancis (CEA) bagi menggantikan kapal-kapal selam nuklear kelas-Rubis yang sedang berkhidmat dengan Tentera Laut Perancis.
Penyerahan kapal selam penyerang nuklear kelas-Barracuda Tourville itu kepada Tentera Laut Perancis berlaku selepas kapal selam itu selesai menjalani ujian di lautan selama empat bulan yang bermula pada Julai tahun ini.
Ujian di lautan itu termasuklah activasi (activation) sistem propulsion nuklear pada April 2024 dan pelbagai ujian lain termasuk menguji prestasi sistem serta kelengkapan yang digunakan kapal selam milik Tentera Laut Perancis itu.
Dengan penyerahan kapal selam penyerang nuklear kelas-Barracuda terbaru itu kepada Tentera Laut Perancis, ia bakal ditauliahkan ke dalam perkhidmatan aktif, sekaligus, menandakan usaha berterusan untuk memodenkan lagi kemampuan Tentera Laut Perancis.
Perancis dijangka akan mengoperasikan lebih banyak kapal selam penyerang nuklear kelas-Barracuda berbandign kapal selam nuklear kelas-Rubis.
Kapal-kapal selam penyerang nuklear kelas-Barracuda sememangnya direkabentuk untuk penjanaan nuklear (nuclear propulsion), membolehkan aset Tentera Laut Perancis itu memiliki jarak dan ketahanan yang lebih ampuh serta beroperasi dalam keadaan halimunan.
Sistem nuclear propulsion kapal selam itu dibangunkan daripada reaktor yang digunakan kapal-kapal selam membawa peluru berpandu ballistik Perancis serta kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear negara itu, Charles de Gaulle.
Dari segi persenjataan, kapal selam penyerang nuklear kelas-Barracuda Tentera Laut Perancis ini dilengkapi dengan peluru berpandu pelayaran peluru berpandu kruis varian tentera laut yang mampu menyerang sasaran darat, peluru berpandu anti-kapal Exocet yang telah dimodenkan dan dipertingkatkan keupayaan, serta torpedo berat F21 yang canggih untuk peperangan bawah permukaan.
Ciri-ciri ini membolehkan kapal selam tersebut menjalankan pelbagai misi, termasuk serangan berketepatan tinggi, peperangan anti-kapal selam, dan penugasan operasi khas.
Dengan kru terlatih seramai 65 orang serta keupayaan untuk menampung pasukan komando, kapal selam ini menawarkan kepelbagaian operasi yang tiada tandingan. Keupayaannya untuk beroperasi lebih daripada 270 hari setahun turut meningkatkan nilai strategiknya.
Tiga lagi kapal selam tambahan (De Grasse, Rubis, dan Casabianca) kini dalam pembinaan pada pelbagai peringkat di fasiliti Naval Group di Cherbourg. Kapal selam De Grasse dijadualkan untuk dilancarkan pada musim bunga 2025. — DSA