Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jom Lihat Lebih Dekat Simulator CQB Gerup Gerak Khas (GGK) Guna Pesawat Boeing 747 Sebenar

Menerusi posting di dalam akaun FB rasmi HRH Crown Prince of Johor semalam, kita berpeluang melihat dengan lebih dekat keadaan sebenar Simulator Close Quarter Battle (CQB) milik Gerup Gerak Khas (GGK) yang menggunakan pesawat komersial Boeing 747 yang sebenar.

0 8,441
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menerusi posting di dalam akaun FB rasmi HRH Crown Prince of Johor semalam, kita berpeluang melihat dengan lebih dekat keadaan sebenar Simulator Close Quarter Battle (CQB) milik Gerup Gerak Khas (GGK) yang menggunakan pesawat komersial Boeing 747 yang sebenar.
Simulator CQB tersebut terletak di Kem Sri Iskandar di Mersing yang menempatkan GGK.
“Lawatan dan taklimat menjelang latihan antara Gerup Gerak Khas dan Pasukan Elit Askar Timbalan Setia Negeri Johor,” merupakan kapsyen ringkas posting FB itu yang turut menampilkan bersama beberapa foto lawatan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail ke kemudahan latihan itu.
Tidak banyak yang diketahui tentang kemudahan simulator CQB pesawat komersial Boeing 747 itu, tetapi ia turut disertakan dalam posting akaun FB Berita Tentera Darat Malaysia pada 25 Oktober yang lalu.
Posting di dalam FB itu adalah bersempena dengan penyerahan beberapa aset terkini Tentera Darat termasuk simulator CQB itu kepada Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan bertempat di Garaj 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen.
Simulator CQB
(gambar kredit FB HRH Crown Prince of Johor)
Simulator CQB
(gambar kredit FB HRH Crown Prince of Johor)
Kenyataan di dalam FB Berita Tentera Darat Malaysia itu turut menyatakan bahawa Panglima Tentera Darat telah menerima penyerahan Simulator CQB itu.
Tidak banyak yang diketahui tentang spesifikasi teknikal Simulator CQB itu tetapi ia dipercayai telah dibekalkan oleh syarikat tempatan, Inversys Corporation Sdn Bhd, sebagaimana salah satu gambar dalam FB terbabit nyatakan.
Selain daripada nama syarikat, tidak banyak maklumat lain diketahui tentang Simulator CQB itu termasuk kos pembuatannya.
Simulator CQB
(gambar kredit FB HRH Crown Prince of Johor)
Simulator CQB
(gambar kredit FB HRH Crown Prince of Johor)
Simulator CQB
(gambar kredit FB HRH Crown Prince of Johor)
Simulator CQB
(gambar kredit FB HRH Crown Prince of Johor)
Simulator CQB
(gambar kredit FB HRH Crown Prince of Johor)
Walaupun begitu, kehadiran kemudahan Simulator CQB itu adalah amat berfaedah kepada GGK bagi memastikan anggota pasukan elit Tentera Darat Malaysia itu mendapat latihan yang mencukupi dan dalam keadaan sebenar tentang operasi menyelamat mangsa tebusan di dalam pesawat komersial.
Sudah pasti kemudahan Simulator CQB di Kem Iskandar itu akan turut digunakan oleh pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang lain serta unit elit pasukan keselamatan yang lain seperti Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan sebagaimana di dalam FB HRH Crown Prince of Johor, Pasukan Elit Askar Timbalan Setia Negeri Johor. — DSA

 
Comments
Loading...