Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Israel Masih Gagal “Tawan Walau Sebuah Kampung” di Selatan Lubnan

Akhbar terkenal Israel Yedioth Ahronoth menyatakan bahawa tentera Israel sehingga kini masih gagal “mewujudkan kehadiran” (establish foothold) di selatan Lubnan, walaupun mengerah puluhan ribu anggota tentera daratnya.

0 2,762
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sudah sebulan tentera Israel mengerahkan 50,000 anggota tentera untuk melaksanakan operasi darat bagi menangani ancaman pejuang Hezbollah, tetapi sehingga kini mereka telah gagal “menawan walau satu kampong” di selatan Lubnan.
Akhbar terkenal Israel Yedioth Ahronoth menyatakan bahawa tentera Israel sehingga kini masih gagal “mewujudkan kehadiran” (establish foothold) di selatan Lubnan, walaupun mengerah puluhan ribu anggota tentera daratnya.
“Selepas sebulan operasi daratan , melibatkan lima divisyen dan briged simpanan – melebihi 50,000 anggota tentera, tiga kali ganda berbanding peperangan pada Julai 2006 – Israel gagal mewujudkan kehadiran di selatan Lubnan.”
“Walaupun dibantu oleh kuasa tembakan dan bantuan udara, tentera Israel masih gagal untuk menawan walau satu kampong di selatan Lubnan,” menurut akhbar terkenal berbahasa Hebrew Israel itu.
Ia juga berkata, pada bulan Oktober sahaja, 64 orang anggota tentera Israel dan 24 orang penduduk haram Yahudi telah terbunuh.
Israel
Unit armor Israel di Galillee.
Selain itu, sejumlah 4,600 peluru berpandu, roket serta dron telah dilancarkan terhadap Israel manakala 14,000 bunyi amaran telah kedengaran.
“Seramai 101 tebusan (Israel) masih ditawan,” katanya.
Menurut laporan oleh akhbar Israel itu, kegagalan operasi darat Israel itu adalah disebabkan oleh “keberkesanan strategi taktikal” Hezbollah.
Pejuang-pejuang Hezbollah menurut Yedioth Ahronoth menggunakan beberapa garisan pertahanan yang dilengkapi dengan sistem persenjataan berkemampuan mensasarkan kenderaan berperisai, kereta kebal dan anggota tentera Israel dengan tepat.
Selain media Israel itu juga menyatakan bahawa tentera negara itu yang terlibat dalam operasi darat di selatan Lubnan berhadapan dengan kesukaran untuk mengenalpasti kedudukan Hezbollah dan menangani ancaman daripada dron-dron kecil yang sukar dikesan milik pejuang selatan Lubnan itu.
Dalam temuramah dengan Kolonel Jack Neriya yang merupakan bekas penasihat kepada Perdana Menteri Yitzhak Rabin, beliau berkata bahawa pejuang Hezbollah telah dengan sengaja membenarkan tentera Israel untuk mara, sebelum memerangkap mereka dengan serangan-serangan hendap.
“Taktik (serangan hendap Hezbollah) ini telah menyebabkan keadaan yang amat sukar kepada tentera Israel termasuk unit-unit elitnya termasuk Golani dan komand—komando yang lain,” kata beliau.
Hezbollah
Pejuang Hezbollah
Beliau memberi amaran bahawa kemalangan jiwa di kalangan anggota tentera Israel adalah amat tinggi, berpotensi melepasi keseluruhan bilangan anggota tentera Israel yang terkorban sejak akhir tahun 1940-an.
Sementara itu Hezbollah dalam kenyataanya pula berkata bahawa sejak operasi darat di selatan Lubnan dilancarkan oleh tentera Israel, sebanyak 95 anggota tentera Israel telah terbunuh manakala 900 yang lain telah tercedera.
Pejuang Hezbollah juga telah berjaya memusnahkan 42 buah kereta kebal Merkava, empat buah jentolak, dua buah kenderaan Hummer, sebuah kenderaan perisai dan sebuah kenderaan pembawa anggota tentera Israel sepanjang operasi di selatan Lubnan.
“Pejuang Hezbollah juga telah berjaya menembak jatuh tiga buah dron Hermes-450 dan dua buah dron Hermes-900.”
Hezbollah menyatakan bahawa statistik dikeluarkannya itu tidak termasuk kemusnahan dialami oleh tentera Israel di pangkalan-pangkalannya, berek tentera dan dibandar-bandar Israel. — DSA

 

 

Comments
Loading...