Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Menteri Pertahanan Tinjau Sendiri Keadaan Terkini F/A-18C/D Milik Tentera Udara Kuwait

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan delegasi Malaysia telah melawat ke Pangkalan Udara Ahmad Al-Jaber, yang antara lain menempatkan Skuadron 9, skuadron yang bertanggungjawab mengendalikan pesawat tempur jenis F/A-18C/D Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait.

0 9,186
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang sedang dalam rangka lawatan ke Kuwait, telah meninjau sendiri keadaan terkini pesawat-pesawat pejuang F/A-18C/D milik Tentera Udara Kuwait (KAF) yang cuba Malaysia perolehi.
Beliau dan delegasi Malaysia telah melawat ke Pangkalan Udara Ahmad Al-Jaber, yang antara lain menempatkan Skuadron 9, skuadron yang bertanggungjawab mengendalikan pesawat tempur jenis F/A-18C/D Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait.
Turut bersama dalam kunjungan Mohamed Khaled ke Pangkalan Udara Ahmad Al-Jaber adalah Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
“Ketibaan saya dan delegasi Malaysia telah disambut oleh Mejar Jeneral Sheikh Sabah Jaber Al-Ahmad Al-Sabah, Timbalan Ketua Staf Angkatan Tentera Kuwait yang juga merupakan Komandan Tentera Udara Kuwait.”
“Saya telah diberikan taklimat mengenai status, keupayaan dan pengoperasian pesawat tempur F/A-18C/D KAF, termasuk oleh pasukan juruterbang KAF sendiri, selain turut diberi peluang untuk melihat sendiri kondisi serta keadaan sebahagian aset strategik berkenaan,” katanya menerusi posting terbaru FB beliau.
Kuwait
(Kredit FB Mohamed Khaled)
Kuwait
(Kredit FB Mohamed Khaled)
Pada Jun lepas, pasukan teknikal TUDM telah mengadakan lawatan ke Kuwait bagi mengadakan rundingan berkaitan perolehan pesawat tempur berkenaan.
Panglima TUDM dilaporkan berkata pesawat-pesawat F/A-18D (Hornet) milik Tentera Udara Kuwait masih dalam keadaan baik dan mempunyai jam operasi yang rendah berbanding pesawat Hornet TUDM sedia ada.
Mohamed Khaled berkata, kerajaan Kuwait sebelum ini telah memberikan maklum balas yang positif tentang hasrat negara untuk memperoleh pesawat tempur jenis F/A-18C/D Legacy Hornet milik KAF tersebut.
Terdahulu dalam Menteri Pertahanan menyatakan bahawa kerajaan Malaysia dan Kuwait telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk memulakan rundingan tentang perolehan pesawat-pesawat pejuang F/A-18C/D milik Tentera Udara Kuwait.
“Malaysia dan Kuwait bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama bagi memulakan perbincangan serta rundingan bagi tujuan perolehan pesawat tempur jenis Legacy Hornet berkenaan,” kata Menteri Pertahanan.
Kuwait
(Kredit FB Mohamed Khaled)
Kuwait
(Kredit FB Mohamed Khaled)
Malaysia merancang memperolehi pesawat-pesawat F/A-18 C/D Hornet Tentera Udara Kuwait sebagai satu langkah “stop-gap measures” (langkah sementara) sebelum TUDM dilengkapi dengan pesawat pejuang Multi Role Combat Aircraft (MRCA) yang baru.
Tentera Udara Kuwait memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan pesawat-pesawat F/A-18 C/D miliknya selepas ia memperolehi pesawat-pesawat F/A-18 E/F Super Hornet serta Eurofighter Typhoon.
Untuk menggantikan pesawat F/A-18C/D miliknya,  Kuwait telah memperolehi sebanyak 28 buah pesawat Super Hornet yang terdiri daripada 22 buah pesawat satu tempat duduk F/A-18E dan enam buah pesawat F/A-18F Super Hornet yang bakal beroperasi daripada Pangkalan Udara Ahmed al-Jaber.
Selain pesawat-pesawat pejuang Super Hornet, Kuwait turut membeli 28 buah  pesawat Eurofighter Typhoon yang dibangunkan oleh BAE Systems yang dianggarkan bernilai US$8.7 bilion (RM38.73 billion) — DSA
Comments
Loading...