Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat JF-17 “Thunder” Block 3 Azerbaijan Dilengkapi Peluru Berpandu Udara-ke-Udara Turkiye

Pesawat-pesawat pejuang JF-17 Block 3 yang dibangunkan oleh Pakistan Aeronautical Complex (PAC) dan Chengdu  Aircraft  Industry Group (CAIG) daripada China itu juga akan dilengkapi dengan sistem avionik buatan syarikat-syarikat pertahanan Turkiye.

0 4,154

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang JF-17 “Thunder” Block 3 milik Tentera Udara Azerbaijan dilaporkan akan dilengkapkan dengan peluru-peluru berpandu udara-ke-udara , Gokdogan BVRAAM dan Bozdogan WVRAAM keluaran industri pertahanan Turkiye.

Pesawat-pesawat pejuang JF-17 Block 3 yang dibangunkan oleh Pakistan Aeronautical Complex (PAC) dan Chengdu  Aircraft  Industry Group (CAIG) daripada China itu juga akan dilengkapi dengan sistem avionik buatan syarikat-syarikat pertahanan Turkiye.

Turkiye dan Azerbaijan yang mempunyai kerjasama pertahanan yang erat.

Pemilihan peluru-peluru berpandu udara-ke-udara buatan Turkiye bagi digunakan oleh pesawat pejuang JF-17 Block 3 Tentera Udara Azerbaijan merupakan pengiktirafan terhadap kemampuan industri pertahanan negara Mediterranean itu.

Pada Februari tahun ini, laporan media menyatakan bahawa Azerbaijan telah bersetuju untuk memperolehi sejumlah pesawat pejuang JF-17 Block 3, yang merupakan varian terkini pesawat pejuang keluaran Pakistan dan China.

BVRAAM
“GOKDOGAN” BVRAAM dan “BOZDOGAN” WVRAAM

 

Azerbaijan dilaporkan membelanjakan sebanyak US$1.6 billion (RM7.2 billion) untuk memperolehi pesawat-pesawat pejuang JF-17 Block 3.

Menurut laporan. pesawat-pesawat JF-17 Block III yang bakal diperolehi oleh Azerbaijan itu akan menggantikan pesawat pejuang MiG-29 yang kini digunakan oleh tentera udara negara itu.

Secara geo-strategik, perolehan pesawat JF-17 Block III yang dibangunkan oleh Pakistan dan China itu merupakan kejayaan bagi Beijing dan Islamabad dalam menembusi pasaran senjata di rantau Asia Tengah yang sebelum ini didominasi oleh syarikat-syarikat senjata Russia.

Tentera Udara Pakistan dilaporkan bakal memiliki kira-kira 50 buah pesawat JF-17 Block 3 bagi menambah pegangan 98 buah pesawat JF-17 Block 1 dan JF-17 Block 2 yang dimilikinya pada ketika ini.

Pesawat pejuang JF-17 Block 3 dilaporkan memiliki DNA pesawat pejuang generasi kelima China, J-20 “Mighty Dragon”.

BVRAAM
Pesawat pejuang F-16C Turkiye dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara “GOKDOGAN” BVRAAM dan  “BOZDOGAN” WVRAAM Missiles

 

Varian terbaru pesawat pejuang JF-17 Block 3 itu lebih moden dan berkeupayaan kerana ia turut dilengkapi dengan teknologi pesawat pejuang generasi kelima,  J-20 dan dibangunkan sejak dua tahun lepas.

Kedua-dua peluru berpandu udara-ke-udara buatan Turkiye yang bakal melengkapi pesawat pejuang JF-17 Block 3 itu adalah Gokdogan BVRAAM dan juga Bozdogan WVRAAM yang dibangunkan oleh firma pertahanan negara Mediterranean itu, Tubitak Sage.

Turkiye membangunkan kedua-dua peluru berpandu udara-ke-udara itu sebagai sebahagian daripada Projek GOKTUG untuk digunakan oleh pesawa-pesawat pejuang milik Turkiye seperti F-16, sebelum digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang lain seperti Hurjet, KAAN serta dron-dron kombat keluaran negara itu.

Selepas kejayaan daripada ujian-ujian pelancarannya, Turkiye telah bersedia untuk memulakan produki besar-besaran (mass production) kedua-dua peluru berpandu udara-ke-udara itu.

Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh, Gokdogan BVRAAM dibangunkan oleh firma Turkiye itu bertujuan untuk bersaing dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh keluaran Amerika Syarikat, AIM-120 AMRAAM.

JF-17
JF-17 “Thunder”

 

Dilengkapi dengan Active Radar Seeker, peluru berpandu udara-ke-udara Gokdogan BVRAAM memberikan kemampuan yang diluar daripada kebiasaan seperti ia mampu mengesan pelbagai sasaran dan membedil daripada kesemua arah.

Peluru berpandu udara-ke-udara Gozdogan BVRAAM itu direkabentuk untuk kalis kepada segala gangguan elektronik dan memastikan punca kepada gangguan itu menjadi sasaran pula.

Sementara itu, peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat Bozdogan WVRAAM yang juga dibangunkan oleh firma pertahanan Turkiye, Tubitak Sage yang menggunakan sistem panduan Imaging Infra Red (IIR) yang menyamai peluru berpandu udara-ke udara keluaran Amerika Syarikat, AIM-9X Sidewinder.

Peluru berpandu udara-ke-udara Bozdogan itu mempunyai kemampuan untuk meluncur selaju 4 Mach. — DSA

Comments
Loading...