Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Polis Thai Tangkap 3 Penyeludup Ketum Terlibat Insiden Berbalas Tembak

0 759

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak Thailand dipercayai telah menangkap tiga penyeludup ketum yang dipercayai terbabit dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) awal pagi sehingga menyebabkan Koperal Baharuddin Ramli terbunuh.

Media Thailand mengesahkan penangkapan ketiga-ketiga lelaki warga negara jiran itu, yang mengalami kecederaan akibat berbalas tembakan dengan anggota PGA Malaysia.

Terdapat juga laporan media sosial mengatakan anggota komando 69 PDRM berjaya menangkap dua orang penyeludup yang terlibat dalam insiden, tetapi tiada pengesahan pihak berkuasa sehingga ini.

Bagaimanapun pihak berkuasa Thailand mengenalpasti salah seorang yang ditahan oleh polis Malaysia itu sebagai Sahamadyusof Talah, 38, yang tinggal di Tambon Ban Khuang di daerah Muang, Songkhla. Identiti seorang lagi yang ditahan polis Malaysia itu tidak didedahkan.

Sempadan
Salah seorang penyeludup ketum, Rachen Anumarn . (kredit media Thailand)
Sempadan
Salah seorang penyeludup ketum, Rachen Anumarn (tangan berbalut) menerangkan kepada polis Thailand tentang kejadian berbalas tembakan awal pagi yang membunuh Kpl Baharuddin Ramli awal pagi. (kedit foto media Thailand)

Ketiga-tiga penyeludup ketum yang ditangkap polis Thailand di sempadan negara itu sejurus selepas kejadian berdarah itu.

Polis Thailand mengenalpasti ketiga-tiga mereka sebagai: Sanchai Madsuwan, Arun Madsuwan dan Rachen Anumarn. (Ini nama rasmi Thai mereka, mungkin mereka ada nama lain).

Menurut pihak berkuasa negara itu,  di antara ketiga-tiga penyeludup ketum terbabit, Sanchai merupakan yang paling teruk tercedera dalam kejadian berbalas tembak itu.

Sempadan
Salah seorang daripada dua yang didakwa ditangkap oleh polis Malaysia berhubung kejadian berbalas tembak di sempadan awal pagi tadi. (foto media sosial)

Ketiga-tiga mereka sedang dirawat di Hospital Hatyai.

Pihak berkuasa Thailand percaya sindiket penyeludupan daun ketum terbabit dianggotai oleh warga Thai dan Malaysia.

Sementara itu, pihak negara jiran itu membawa salah seorang daripada tiga penyeludup ketum ke lokasi insiden hari ini bagi membantu siasatan mereka tentang kejadian itu.

Pihak polis Thailand membawa Rachen yang tangannya masih berbalut akibat kejadian berbalas tembakan untuk menerangkan lebih lanjut tentang kejadian serta laluan untuk mereka melarikan diri.

Sempadan
Pasukan penyiasat Thailand melakukan siasatan di lokasi insiden awal pagi tadi. (kredit media Thai)

Panglima Wilayah Ke-4 Tentera Thailand Lt Jen Kriangkrai Srirak dijangka meninjau lokasi kejadian pada petang ini, menurut polis negara jiran itu.

Sebagai Panglima Wilayah Ke-4, beliau bertanggungjawab terhadap keselamatan dan ketenteraan di seluruh kawasan selatan Thailand.

Pihak berkuasa Thailand dan Malaysia bekerjasama di dalam menyiasat tentang insiden berbalas tembak itu.

kpl
Kpl Baharuddin Ramli yang terbunuh dalam insiden berbalas tembak awal pagi tadi. (kredit FB Friends of PDRM)

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi tadi, seorang lagi anggota PGA yang cedera parah dikenali sebagai Kpl Norihan Tari, yang kini sedang menerima rawatan di hospital.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...