Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Destroyer Type 45 Britain “Tersadai” Tujuh Tahun di Limbungan Untuk Kerja Pembaikan

Menurut laporan Uk Defense Journal, kapal destroyer kelas-Type 45 "HMS Daring" milik Royal Navy itu lebih banyak menghabiskan masa berada di dalam limbungan kapal untuk diperbaiki daripada berada di perairan menjalankan tugas hakikinya.

0 3,352

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal destroyer kelas-Type 45 “HMS Daring” milik Tentera Laut British (Royal Navy) menarik perhatian pemerhati tentera di negara itu kerana ia telah berada di dalam limbungan kapal selama tujuh tahun, tiga bulan dan 19 hari atau 88 bulan untuk kerja-kerja pembaikan yang tidak selesai sehingga kini.

Menurut laporan Uk Defense Journal, kapal perang itu lebih banyak menghabiskan masa berada di dalam limbungan kapal untuk diperbaiki daripada berada di perairan menjalankan tugas hakikinya.

Kapal destroyer HMS Daring itu telah dilancarkan pada 1 Fabruari, 2006 dan ditauliahkan dalam Royal Navy pada 23 Julai 2009 serta telah memulakan tugas rasminya tidak lama selepas itu.

Sepanjang perkhidmatannya selama enam tahun, sembilan bulan dan 30 hari, kapal perang itu telah terlibat dalam pelbagai misi, termasuk pernah dikerah ke Teluk Parsi pada 2012 untuk memberikan kawalan keselamatan maritime dan menyokong operasi anti-pelanunan.

Kapal perang itu juga telah terlibat dalam latihan-latihan NATO dan memberikan bantuan kemanusiaan di Filipina selepas negara itu dilanda dengan Puting Beliung Haiyan pada tahun 2013.

HMS Daring
“HMS Daring”

 

Bagaimanapun disebabkan masalah sistem propulsion yang kritikal,kapal destroyer HMS Daring telah “tersadai” di limbungan kapal bermula daripada April 2017 sehingga kini untuk menjalani kerja-kerja pembaikan.

Kerja-kerja pembaikan itu dilakukan di Limbungan Kapal Cammel Laird di Birkenhead.

Bermula daripada April 2017 dan sehingga kini untuk selama tujuh tahun, kapal destroyer kelas-Type 45 itu telah berada di dalam limbungan kapal menjalani kerja-kerja pembaikan.

Namun akhirnya berita baik muncul dengan kapal perang itu dijangka kembali ke armada Tentera Laut British pada akhir tahun ini untuk menamatkan salah satu episod baik pulih kapal perang British yang paling lama dalam sejarah Tentera Laut British.

HMS Daring mengalami masalah yang serius berhubung rekabentuk intercooler buatan Northrop Grumman yang dipasang pada turbin gas Rolls-Royce WR-21, yang didapati amat mudah rosak terutamanya apabila ia beroperasi di kawasan perairan tropika.

Disebabkan masalah itu yang kritikal, kapal perang kelas-Type 45 HMS Daring itu terpaksa menjalani penyelenggaraan dan pembaikan yang menyeluruh terhadap sistem propulsion bagi membolehkan ia kembali bertugas dengan prestasi yang optimum.

HMS Daring
“HMS Daring”

 

Satu lagi aspek kritikal pembaikan membabitkan kepada usaha-usaha menaiktaraf kemampuan penjanaan kuasa kapal itu.

Rekabentuk asal kapal perang itu tidak mengambilkira peningkatan kuasa yang perlu ada pada kapal-kapal perang moden yang dilengkapi dengan pelbagai sistem elektronik dan sistem persenjataan moden.

Selain itu kerja-kerja pembaikan juga meliputi usaha-usaha menaiktaraf terhadap kemampuan sistem kombat dan peperangan elektronik HMS Daring.

Usaha-usaha naiktaraf itu penting bagi mengekalkan keberkesanan operasi kapal perang itu dan bagi membolehkan ia selari dengan kemajuan teknologi tentera laut di seluruh dunia.

Selain itu, laporan UK Defense Journal menyatakan bahawa cabaran-cabaran lojistik turut memainkan peranan penting mengapa kapal perang Royal Navy itu terus berada di dalam limbungan kapal untuk bertahun lamanya.

HMS Daring

Pandemik COVID-19 juga telah menganggu jaringan bekalan (supply chains) dan keperluan mendapatkan pekerja dan seterusnya merumitkan lagi proses pembaikannya.

Walaupun berhadapan dengan masalah, namun kapal-kapal destroyer kelas-Type 45 itu kekal sebagai di antara kapal perang paling moden di dunia. 

Kapal  destroyer Type 45 kelas-Daring atau hanya dikenali sebagai “D” atau “D-class” dikalangan pemerhati telah dikategorikan sebagai kapal pemusnah paling berkuasa pernah dibina oleh Tentera Laut British untuk menggantikan kapal pemusnah Type 42 kelas-Sheffield yang pernah menabur bakti pada tentera laut negara itu sebelum ini.

Ketika kapal destroyer Type 45 kelas-Daring pertama dilancarkan pada 2006, kapal perang itu telah dilabel oleh pegawai-pegawai kanan tentera laut British sebagai kapal destroyer pertahanan udara (anti-air warfare) paling berkuasa dan berkemampuan di dunia.

Ya, kapal destroyer Type 45 kelas-Daring telah direkabentuk untuk berfungsi sebagai kapal destroyer pertahanan udara menangani ancaman pesawat dan peluru berpandu anti-kapal/ballistik musuh.

Kapal pertama destroyer kelas-Daring, HMS Daring telah dilancarkan pada 2006 dan ditauliahkan ke dalam Tentera Laut British (Royal Navy) pada 2009.

HMS Daring
“HMS Daring”

 

Selepas HMS Daring, lima buah kapal pemusnah Type 45 kelas-Daring telah dibina, dilancar dan ditauliahkan untuk Tentera Laut British.

Kapal kedua destroyer kelas-Daring, HMS Dauntless telah dilancarkan pada 2007 dan ditauliahkan pada 2010, HMS Diamond (dilancar pada 2007 dan ditauliah pada 2011), HMS Dragon (dilancar pada 2008 dan ditauliah pada 2012), HMS Defender (dilancar pada 2009 dan ditauliah 2013) dan HMS Duncan (dilancar pada 2010 dan ditauliah pada 2013).

Keenam-enam buah kapal destroyer Type 45 kelas-Daring telah dibina dengan kos melebihi $1 bilion (RM4 bilion) setiap sebuah.

Mengenai spesifikasi teknikal kapal destroyer kelas-Daring pula, setiap kapal adalah seberat 8,400 tan manakala panjangnya pula adalah 152 meter.

Dengan krew seramai 191 orang (tetapi kemampuan maksimum membawa 285 anak kapal),kapal destroyer Type 45 kelas-Daring ini boleh mencapai kelajuan maksimum 32 knot dan radius operasinya pula mencecah 7,000 batu nautika pada kelajuan kruis 18 knot. — DSA

  

Comments
Loading...