Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tahap Kemajuan Pemasangan FA-50M Milik TUDM Capai 37 Peratus Pada Akhir Julai – Sumber

Menurut sumber yang memberitahu Defence Security Asia, kemajuan pemasangan pesawat-pesawat pejuang ringan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu dijangka akan meningkat kepada 39 peratus pada akhir Ogos ini.

0 10,397

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kontrak perolehan 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50M (FA-50 Block 20) oleh Malaysia daripada Korea Aerospace Industries (KAI) berjalan lancar setakat ini dengan tahap kemajuan pemasangan pesawat-pesawat pejuang itu telah pun mencapai 37 peratus pada akhir Julai.

Menurut sumber yang memberitahu Defence Security Asia, kemajuan pemasangan pesawat-pesawat pejuang ringan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu dijangka akan meningkat kepada 39 peratus pada akhir Ogos ini.

“Kesemua kerja-kerja (pemasangan pesawat) adalah selaras dengan kemajuan. Next year (tahun depan) sudah boleh nampak dah (pesawat sudah dipasang sepenuhnya),” kata sumber itu kepada laman web pertahanan dan keselamatan serantau berpangkalan di Kuala Lumpur itu.

Kementerian Pertahanan dan KAI menandatangani kontrak pada Mei tahun lepas bagi perolehan 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50M untuk TUDM yang dianggarkan bernilai RM4 billion.

TUDM dijangka menerima kumpulan pertama empat buah pesawat FA-50M pada bulan Oktober 2026.

FA-50
FA-50

 

Pesawat-pesawat FA-50M selebihnya akan diterima oleh TUDM secara berperingkat selepas itu dengan pesawat terakhir dijangka diterima pada tahun 2028.

Sumber itu juga memberitahu buat masa ini kesemua 18 buah pesawat pejuang ringan itu akan beroperasi daripada Pangkalan TUDM Kuantan.

Pesawat pejuang ringan FA-50M milik TUDM ialah varian FA-50M yang paling moden dan berkeupayaan, berbanding dengan varian lain yang diperoleh negara lain termasuk Korea Selatan dan beberapa negara di Asia Tenggara.

Hanya varian pesawat pejuang ringan FA-50PL milik Poland adalah hampir sama dengan apa yang dimiliki oleh TUDM.

Ditemu ramah oleh Bernama di Langkawi Mei tahun lepas, Ketua Pegawai Eksekutif KAI Kang Goo-Young berkata varian FA-50M diperoleh Malaysia, lebih canggih dan berkeupayaan jika dibandingkan dengan varian FA-50 yang dioperasikan oleh ROKAF.

Sumber memberitahu Defence Security Asia sebelum ini bahawa latihan juruterbang akan bermula pada awal tahun 2026 melibatkan enam orang juruterbang untuk tempoh di antara tiga hingga enam bulan.

Ia akan meliputi dengan latihan menggunakan simulator.

FA-50
FA-50

 

“Mereka akan bermula dengan pesawat T50, TA-50 sebelum jump kepada pesawat FA-50M,” katanya sambil menambah latihan pada mulanya akan dilaksanakan di Wongju, Korea Selatan menggunakan pesawat T-50 sebelum berpindah ke Sacheon dimana juruterbang-juruterbang TUDM buat pertama kalinya akan menerbangkan pesawat pejuang FA-50M milik negara itu.

Antara perbezaan utama di antara varian FA-50M milik Malaysia dengan varian FA-50 milik tentera-tentera udara negara adalah — pesawat pejuang ringan milik TUDM itu dilaporkan bakal dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) “PhantomStrike” dan pelbagai komponen elektronik terkini serta peralatan mengisi minyak di udara.

Varian FA-50M yang bakal dimiliki oleh TUDM itu juga akan dilengkapi dengan kemampuan untuk melancarkan peluru berpandu dan bom berketepatan tinggi.

Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan pod sasaran “Sniper’ Advanced Targeting Pod (ATP) yang dibangunkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Lockheed Martin.

Pod sasaran Sniper ATP seberat kira-kira 200kg itu memberikan penggunanya kemampuan yang telah dinaiktaraf untuk mengesan dan mengenalpasti sasaran serta pengawasan berterusan untuk semua misi dilaksanakan termasuk bantuan rapat untuk pasukan-pasukan darat.

Sistem Sniper ATP merupakan pod sasaran yang telah terbukti kemampuannya di medan-medan peperangan yang disertai oleh Amerika Syarikat serta pelanggan luar termasuk pesawat-pesawat F-15E, F-16 (kesemua Blok), B-1, A-10C, Harrier GR7/9 dan F/A-18.

Kemampuan Sniper ATP untuk “plug and play” membolehkan ia digunakan oleh pelbagai platform tanpa perlu menukar software.

Sniper
“Sniper” Advanced Targeting Pod.

 

Antara kemampuan pod sasaran Sniper ATP termasuklah mid-wave Forward Looking Infrared (FLIR) definisi tinggi, HDTV, dual-mode laser, laser spot tracker, laser marker, video data link, digital data recorder.

Pod sasaran keluaran syarikat Lockheed Martin  itu juga memiliki kemampuan untuk menjejak sasaran taktikal menerusi imagery real-time yang disalurkan kepada paparan di kokpit.

Sniper ATP juga adalah sesuai untuk digandingkan dengan bom-bom “J-Series” yang terkini untuk digunakan terhadap sasaran bergerak dan sasaran kekal.

Pesawat FA-50M itu juga dipasang dengan radio U/VHF yang hampir sama digunakan digunakan oleh varian terkini pesawat pejuang F-16 Block 70.

Sebanyak 18 buah pesawat FA-50M diperolehi Malaysia pada harga kira-kira RM4 bilion juga dilengkapi dengan “Link 16 Block Upgrade 2” (military tactical data link) yang selamat, secure, bebas daripada usaha pemintasan pihak musuh dan lain-lain lagi.

Selain itu varian pesawat itu juga akan dilengkapi dengan meriam 20mm gun, peluru berpandu AIM-9, GBU-12 LGB Integration,  GBU-38 JDAM (Joint Direct Attack Munitions) dan peluru berpandu AGM-65 Maverick.

Varian pesawat FA-50M juga dilaporkan akan dilengkapi dengan kemudahan Air-To-Air Refuelling Probe (AAR Probe) iaitu “ Cobham Mission System” yang dibangunkan oleh syarikat Cobham daripada United Kingdom.

Kemudahan pengisian minyak di udara akan memastikan pesawat FA-50 Block 20 itu beroperasi lebih jauh dan berada di udara lebih lama. –DSA

Comments
Loading...