Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Komander Kapal Selam Nuklear Britain Dipecat Kerana Rakam Aksi Seks Ketika Kemudi Kapal Selam

Menurut laporan oleh media-media Britain, komander kapal selam nuklear Britain itu turut berkongsi video aksi seks itu dengan seorang pegawai bawahannya yang turut sama berkhidmat dengan kapal selam nuklear kelas-Vanguard itu.

0 1,135

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Komander sebuah kapal selam nuklear kelas-Vanguard Tentera Laut British dipecat selepas beliau didapati menghasilkan video seksnya ketika sedang mengemudi kapal selam itu yang dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu nuklear antara benua (ICBM) “Trident II”.

Komander itu dipecat serta-merta selepas pegawai-pegawai tinggi Tentera Laut British menonton video aksi seks itu.

Menurut laporan oleh media-media Britain, komander kapal selam nuklear Britain itu turut berkongsi video aksi seks itu dengan seorang pegawai bawahannya yang turut sama berkhidmat dengan kapal selam nuklear kelas-Vanguard itu.

Krew kapal selam lain sebagaimana dipetik oleh media mendakwa komander dan pegawai bawahannya itu turut terlibat dalam hubungan tidak dibenarkan, tetapi pihak Tentera Laut British tidak menyiasat aspek hubungan seks antara mereka.

Skandal seks itu merupakan satu lagi insiden memalukan bagi Tentera Laut British, terutamanya membabitkan kapal-kapal selam nuklear-kelas Vanguard miliknya, terutama ketika negara itu berhadapan dengan kesukaran untuk menarik anggota untuk bertugas dengan kapal-kapal selamnya.

Vanguard
Kapal selam kelas-Vanguard

 

Akhbar Britain turut mendedahkan bahawa komander kapal selam terbabit itu telah melepasi “Kursus Perisher” sebelum dibenarkan untuk mengetuai operasi sebuah kapal selam nuklear milik Tentera Laut Britain itu.

Beliau juga adalah di antara pegawai pemerintah kapal selam nuklear Britain yang paling muda.

Insiden video seks membabitkan komander kapal selam nuklear Britain itu merupakan satu lagu insiden memalukan yang menimpa skuadron empat buah kapal selam kelas-Vanguard milik Tentera Laut Britain.

Awal bulan ini, media-media di Britain melaporkan jurutera kapal selam nuklear Britain didapati menggunakan perisian (software) yang dibangunkan di Russia dan Belarus, suatu tindakan yang menyalahi peraturan Kementerian Pertahanan negara itu dan mendedahkan negara itu kepada ancaman keselamatan yang amat serius.

Media-media di Britain yang mendedahkan perkara itu berkata bahawa perisian itu sepatutnya dibangunkan oleh kakitangan IT Britain selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa, tetapi apa yang terjadi adalah perisian itu “diimport” daripada pembangun-pembangun perisian (software developer) di Siberia dan Minsk yang merupakan ibu negara Belarus.

“Terdapat kebimbangan bahawa kod yang dibina oleh mereka yang membangunkan perisian itu di Russia dan Belarus boleh dieksploitasi untuk mendedahkan lokasi kapal-kapal selam nuklear Britain ketika beroperasi.”

“Pihak Kementerian Pertahanan Britain mengkategorikan perkara ini sebagai suatu ancaman yang besar kepada pertahanan United Kingdom dan telah melancarkan siasatan.”

Vanguard
Kapal selam nuklear kelas-Vanguard Britain “HMS Vanguard”

 

Bulan lepas, seorang anggota tentera laut Britain yang bertugas dengan kapal selam nuklear kelas-Vanguard negara itu telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana dipercayai mencuri maklumat-maklumat rahsia berkenaan pergerakan kapal selam itu ketika beroperasi.

Anggota polis tentera di pangkalan kapal selam nuklear Britain di Faslane, Scotland menemui dokumen-dokumen rahsia berkenaan kapal selam nuklear dalam telefon bimbit.

Menurut sumber-sumber yang dipetik oleh media Britain, dokumen-dokumen sensitif yang ditemui dalam telefon anggota tentera laut itu melibatkan pergerakan kapal selam nuklear kelas-Vanguard itu ketika ia beroperasi.

Pada Februari lalu pula, debuah kapal selam nuklear kelas-Vanguard Britain, HMS Vanguard mengalami insiden “memalukan” apabila peluru berpandu nuklear Trident II seberat 58 tan miliknya “jatuh” ke laut tidak lama selepas ia dilancarkan daripada kapal selam terbabit.

Insiden “memalukan” itu berlaku dihadapan Setiausaha Pertahanan Britain pada ketikaitu, Grant Schapps dan Panglima Tentera Laut negara itu Laksamana Ben Key yang berada di kapal selam terbabit untuk menyaksikan pelancaran peluru berpandu nuklear itu.

Turut bersama berada di dalam kapal selam itu adalah Menteri Perolehan Pertahanan Britain pada ketika itu, James Cartlidge bersama-sama pegawai-pegawai kanan pertahanan Amerika Syarikat.

Britain memiliki empat buah kapal selam nuklear kelas-Vanguard yang bertindak sebagai kuasa deterren nuklear kepada angkatan tentera negara itu dan dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu ballistik nuklear antara benua (Inter Continental Ballistic Missile – ICBM) jenis “Trident 2 D5”.

Trident
Peluru berpandu ballistik antara benua “Trident.”

 

Keempat-empat kapal selam nuklear kelas-Vanguard Britain iaitu HMS Vanguard, Vengeance, Victorious dan Vigilant yang dilengkapi dengan peluru berpandu ballistik antara benua “Trident” berpangkalan di HMNB Clyde di Faslane, Scotland.

Kapal-kapal selam nuklear kelas- Vanguard merupakan kapal selam nuklear dilengkapkan dengan peluru-peluru berpandu nuklear Trident yang berkemampuan membedil sasaran sejauh 4,000 Batu Nautika atau kira-kira 7,500km jauhnya.

Kapal selam kelas-Vanguard itu memiliki berat keseluruhan 15,900 tan itu dilapor berkemampuan membawa sehingga 48 butir peluru berpandu Trident.

Kapal selam yang dianggap sudah berusia itu dijadualkan diganti bermula pada 2030 dengan empat buah kapal selam nuklear yang baru kelas-Dreadnought yang kini sedang dibina oleh BAE Systems di limbungannya di Barrow-in-Furniss. — DSA

 

Comments
Loading...