Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pejuang F-16 Ukraine Tidak Mampu Bersaing Dengan Su-35, Akan “Dimusnahkan”

“Pesawat itu (F-16) boleh membawa peluru berpandu yang canggih dan boleh menimbulkan banyak masalah. Bagaimanapun, sebagaimana sistem pertahanan Barat yang lain, ia (f-16) akan berhadapan pengakhiran yang sama – kemusnahan,” menurut Rostec.

0 11,950

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat yang kini dibekalkan kepada Ukraine akan dimusnahkan oleh pesawat-pesawat pejuang Sukhoi Su-35 milik Russia, menurut konglomerat pertahanan negara itu, Rostec.

Pesawat-pesawat pejuang F-16 yang dibangunkan oleh Lockheed Martin tidak berkemampuan untuk bersaing dengan Su-35.

“Jika anda melihat kepada spesifikasi pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat itu, ia bukanlah pesaing kepada pesawat pejuang Su-35.”

“Jika pertempuran secara berhadapan, pesawat kami (Su-35) adalah lebih baik berbanding F-16. Pesawat pejuang F-16 bukanlah pesawat yang baru, tetapi ia bukan sebab untuk kita bergembira dan relaks.”

“Pesawat itu (F-16) boleh membawa peluru berpandu yang canggih dan boleh menimbulkan banyak masalah. Bagaimanapun, sebagaimana sistem pertahanan Barat yang lain, ia (f-16) akan berhadapan pengakhiran yang sama – kemusnahan,” menurut Rostec.

Russia

Pada 4 Ogos, Presiden Ukraine Volodymr Zelensky mengesahkan bahawa Ukraine telah memperolehi kumpulan pesawat pejuang F-16 yang pertama daripada negara-negara sekutu Baratnya.

Beliau bagaimanapun tidak memberitahu jumlah pesawat pejuang F-16 yang diperolehi oleh Ukraine atau dimana ia ditempatkan.

Bagaimanapun, laporan-laporan media sebelum ini menyatakan Ukraine telah menerima sebanyak 10 buah pesawat pejuang F-16 setakat ini dan jumlah pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat yang bakal diterima olehnya itu dijangka meningkatkan kepada 20 tahun pada akhir tahun ini.

Ukraine dijangka akan dibekalkan sehingga 79 buah pesawat pejuang F-16 sehingga pada tahun depan.

Ukraine akan menerima pesawat-pesawat pejuang F-16 itu daripada beberapa negara Eropah termasuk Belanda, Belgium dan Norway yang menamatkan perkhidmatan pesawat pejuang itu selepas memperolehi pesawat pejuang generasi kelima, F-35.

Russia
“Su-35”

 

Presiden Russia Vladimir Putin menyatakan bahawa penghantaran senjata-senjata Barat kepada Ukraine termasuk F-16 tidak akan mengubah keadaan di medan peperangan, tetapi akan akan menyebabkan peperangan di Ukraine berlanjutan untuk tempoh yang lama.

Beliau juga berkata bahawa pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat itu sekiranya dioperasi oleh Ukraine akan “musnah” sebagaimana lain-lain sistem persenjataan lain yang dibekalkan oleh sekutu-sekutu Baratnya yang lain.

Jangkaan “pertembungan” di antara F-16 dan Su-35 dikatakan adalah pertembungan di antara baru dan lama.

Pesawat-pesawat pejuang F-16 yang diterima oleh Ukraine merupakan pesawat pejuang yang direkabentuk pada tahun-tahun 1970-an, walaupun ia telah dinaiktaraf beberapa kali sepanjang perkhidmatannya.

Bagaimanapun bagi pesawat pejuang Su-35, ia hanya membuat kemunculan kombat pada 2016 ketika kempen ketenteraan Russia di Syria.

Bagaimanapun peperangan di Ukraine menandakan penampilan penting pesawat pejuang Su-35 untuk berhadapan dengan pesawat pejuang moden dan sistem pertahanan udara.Su-35

Membandingkan pesawat pejuang F-16 dengan Su-35 bukanlah tugasan yang mudah.

Pesawat pejuang F-16 adalah pesawat pejuang generasi ke-4 yang mula memasuki perkhidmatan pada akhir 1970-an bersama-sama pesawat pejuang F-15 dan Su-27 serta MiG-29 buatan Kesatuan Soviet.

Pesawat pejuang Su-35 adalah pesawat pejuang generasi 4.5 yang telah dipertingkatkan daripada pesawat pejuang generasi ke-4 seperti F/A-18E/F Super Hornet, Eurofighter Typhoon, Rafale dan MiG-35 manakala pesawat pejuang F-16 adalah pesawat pejuang generasi ke-4.

Pesawat-pesawat pejuang F-16 yang dibekalkan kepada Ukraine  daripada Belanda, Belgium dan Norway adalah varian awal pesawat itu iaitu F-16A/B atau F-16MLU (Mid Life Upgrade) yang merupakan model ketika Perang Dingin di antara Kesatuan Soviet dan Barat sedang memuncak.

Secara lojiknya, pesawat pejuang Su-35 yang daripada segi saiznya adalah 50 peratus lebih besar daripada F-16 adalah pesawat pejuang yang lebih berkeupayaan dan berkemampuan berbanding pesawat pejuang buatan Amerika itu. — DSA

 

Comments
Loading...