Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pasukan Khas Thailand Pilih Raifal Baru, QBZ-195T Buatan China

Raifal QBZ-195T buatan China ini dilaporkan memberikan prestasi yang lebih baik kepada penggunanya berbanding raifal M16A4 dan M4 yang digunakan oleh pasukan-pasukan khas Thailand pada ketika ini, terutamanya dalam segi ketepatan tembakannya dan modulariti.

0 1,029

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pasukan khas Thailand dilapor akan menggunakan raifal QBZ-195T buatan China, menjadikan negara Asia Tenggara itu sebagai negara luar China yang pertama menggunakan raifal tersebut.

Menurut laporan daripada media China, Thailand adalah pasaran eksport pertama bagi raifal itu, yang akan diubahsuai bagi memenuhi keperluan pasukan-pasukan khas Thailand yang akan menggunakannya.

Media Thailand juga menyatakan bahawa pasukan khas negara itu akan menggunakan raifal buatan China itu.

Raifal QBZ-195T merupakan raifal yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan China, Norinco dan adalah varian kepada varian QBZ-191.

Ia berkaliber 5.56x45mm sebagaimana dioperasi NATO, membolehkannya menggunakan peluru-peluru yang standard di dalam Angkatan Tentera Thailand.China

Raifal QBZ-195T buatan China ini dilaporkan memberikan prestasi yang lebih baik kepada penggunanya berbanding raifal M16A4 dan M4 yang digunakan oleh pasukan-pasukan khas Thailand pada ketika ini, terutamanya dalam segi ketepatan tembakannya dan modulariti.

Keputusan Thailand mempelbagaikan senjata-senjata ringannya, yang pada ketika ini termasuk senjata api buatan Amerika Syarikat dan Israel, menunjukkan langkah strategiknya untuk tidak bergantung kepada hanya satu pembekal.

Ia memastikan Angkatan Tentera Thailand mengekalkan aset yang versatil.

Penggunaan raifal QBZ-195T dijangka akan meningkatkan kemampuan Angkatan Tentera Thailand , kerana raifal terkini itu menawarkan ciri-ciri yang canggih bagi memenuhi keperluan kombat.

Raifal buatan China yang akan digunakan oleh anggota pasukan khas Thailand itu boleh dilengkapi dengan pelbagai aksesori moden seperti optic, laser, pelancar grenad, sekaligus meningkatkan keberkesanannya dalam operasi-operasi khas.China

Raifal QBZ-195T adalah model yang diubahsuai daripada raifal Type 191,tetapi telah diubahsuai untuk memenuhi keperluan Thailand.

Walaupun rekabentuk raifal QBZ-195T adalah konsisten dengan raifal Type 191 tetapi ia menggunakan kaliber NATO 5.56x45mm, yang amat berlainan dengan kaliber 5.8mm sebagaimana digunakan di China.

Menurut laporan, pasukan khas Thailand mempunyai pandangan yang positif tentang raifal QBZ-195T berbanding raifal-raifal M16A4 dan M4, terutamanya daripada segi ketepatan tembakan dan berkemampuan memenuhi keperluan tentera negara itu untuk dekad akan datang.

Pemilihan raifal QBZ-195T oleh Thailand, membuktikan bahawa Thailand semakin bergerak jauh daripada pembekal senjata tradisionalnya seperti Amerika Syarikat.

Minat Tentera Darat Thailand terhadap raifal buatan China semasa ia terlibat dalam latihan-latihan tentera bersama kedua-dua negara  dalam “Assault-2023”  dan”Blue Assault-2023.

China

Latihan tentera bersama memberikan peluang kepada kedua-dua negara bertukar-tukar bertukar senjata dan peralatan, dengan anggota tentera Thailand menunjukkan minat yang mendalam terhadap peralatan ketenteraan buatan China.

Dengan pengenalan raifal QBZ-195T dalam pasukan khas Thailand, ia juga menimbulkan kemungkinan bahawa Angkatan Tentera Thailand akan menggunakan senjata-senjata api buatan China yang lain seperti mesingan 201 dan senjata penembak tepat siri 20.

Jika Thailand menggunakan senjata api buatan China, ia secara langsung akan menggalakkan negara-negara Asia Tenggara yang lain untuk beralih daripada senjata api buatan Amerika Syarikat dan Eropah kepada senjata api buatan China. — DSA

 

Comments
Loading...