Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Selam Nuklear Britain Dalam Bahaya, Krew Ditahan Miliki Dokumen Rahsia Pergerakannya

Menurut sumber-sumber yang dipetik oleh media Britain, dokumen-dokumen sensitif yang ditemui dalam telefon anggota tentera laut itu melibatkan pergerakan kapal selam nuklear kelas-Vanguard itu ketika ia beroperasi.

0 20,390

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Seorang anggota tentera laut Britain yang bertugas dengan kapal selam nuklear kelas-Vanguard negara itu telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana dipercayai mencuri maklumat-maklumat rahsia berkenaan pergerakan kapal selam itu ketika beroperasi.

Anggota polis tentera di pangkalan kapal selam nuklear Britain di Faslane, Scotland menemui dokumen-dokumen rahsia berkenaan kapal selam nuklear dalam telefon bimbit.

Anggota tentera laut Britain yang dikenali oleh media .negara itu sebagai Marcus Gauntlett, 36, sedang ditahan oleh pihak berkuasa atas tuduhan melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) negara itu.

Kapal selam nuklear kelas-Vanguard bertindak sebagai kuasa deterren nuklear kepada angkatan tentera negara itu dan dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu ballistik nuklear antara benua (Inter Continental Ballistic Missile – ICBM) jenis “Trident 2 D5”.

Menurut sumber-sumber yang dipetik oleh media Britain, dokumen-dokumen sensitif yang ditemui dalam telefon anggota tentera laut itu melibatkan pergerakan kapal selam nuklear kelas-Vanguard itu ketika ia beroperasi.

Ini bermakna anggota tentera itu mempunyai maklumat sensitif berkenaan lokasi-lokasi di mana kapal selam nuklear itu sedang beroperasi, sekaligus mendedahkan kapal selam itu kepada bahaya diekori atau dikesan oleh kapal-kapal selam musuh.

Faslane
Pangkalan Laut Clyde di Faslane, Scotland yang menempatkan keempat-empat kapal selam nuklear kelas-Vanguard Britain.

 

Maklumat sebegitu mendedahkan kapal selam nuklear kelas-Vanguard dan anak-anak kapalnya kepada bahaya.

Krew kapal selam sama ada konvensional mahupun nuklear dilarang membawa telefon bimbit.

Sementara itu jurucakap Kementerian Pertahanan Britain mengesahkan bahawa seorang anggota tentera laut yang berkhidmat dengan salah sebuah kapal selam nuklear Britain itu telah ditahan untuk membantu siasatan.

Menurut media Britian, siasatan pihak berkuasa negara itu pada masa ini tidak menjurus kepada aktiviti perisikan oleh anggota tentera terbabit, namun, penemuan dokumen-dokumen berkenaan pergerakan kapal selam itu mungkin mengubah fokus siasatan itu.

Keselamatan kapal-kapal selam nuklear kelas-Vanguard kini dikatakan terancam kerana pergerakannya kini dikatakan telah “bocor”.

Bagi kapal-kapal selam, kerahsiaan pergerakannya adalah “senjata utamanya” dan tindakan membocorkan lokasi pergerakannya dianggap seperti “membunuh diri” terutamanya bagi kapal-kapal selam berkuasa dan bersenjatakan nuklear.

Vanguard
HMS Vanguard

 

Keempat-empat kapal selam nuklear kelas-Vanguard United Kingdom iaitu HMS Vanguard, Vengeance, Victorious dan Vigilant yang dilengkapi dengan peluru berpandu ballistik antara benua “Trident” berpangkalan di HMNB Clyde di Faslane, Scotland.

Kapal selam nuklear kelas- Vanguard merupakan satu daripada empat kapal selam nuklear negara itu yang dilengkapkan dengan peluru-peluru berpandu nuklear Trident yang berkemampuan membedil sasaran sejauh 4,000 Batu Nautika atau kira-kira 7,500km jauhnya.

Kapal selam kelas-Vanguard itu memiliki berat keseluruhan 15,900 tan itu dilapor berkemampuan membawa sehingga 48 butir peluru berpandu Trident.

Kapal selam yang dianggap sudah berusia itu dijadualkan diganti bermula pada 2030 dengan empat buah kapal selam nuklear yang baru kelas-Dreadnought yang kini sedang dibina oleh BAE Systems di limbungannya di Barrow-in-Furniss.

Bulan lepas, United Kingdom telah memanggil mesyuarat keselamatan tergempar selepas pesawat peronda maritim P-8 Poseidon milik Royal Air Force (RAF) mengesan kehadiran sebuah kapal selam nuklear kelas-Kazan milik Russia di perairan pantai barat United Kingdom beberapa hari lalu.

Kehadiran kapal selam nuklear Russia seberat 13,800 tan itu dikesan selepas pesawat peronda maritim RAF terbabit  mengugurkan sonar buoys untuk mengesan sebarang aktiviti kapal selam di bawah permukaan air.

Trident
Peluru berpandu ballistik antara benua “Trident.”

 

Kapal selam Russia itu dipercayai sedang menuju ke arah perairan Scotland, yang menempatkan pangkalan kapal-kapal selam nuklear United Kingdom di Faslane.

Kehadiran kapal selam nuklear kelas-Yasen di pesisir pantai United Kingdom itu telah mencemaskan pemimpin-pemimpin NATO, yang bimbang kapal selam Russia itu berkemungkinan sedang cuba mengesan sebarang lompang kelemahan di negara anggota pakatan ketenteraan itu.

“Penemuan” kapal selam nuklear kelas-Yasen Russia di perairan United Kingdom itu berlaku selepas Presiden Vladimir Putin berjanji akan “menghukum” Barat kerana membekalkan peluru-peluru berpandu jarak jauh seperti ATACMS kepada Ukraine untuk menyerang Russia serta membenarkan Kiev untuk menggunakan aset-aset Russia bernilai Pound Sterling 40 Billion (RM239 billion) yang dibekukan.

Kapal selam nuklear kelas-Yasen merupakan di antara kapal selam nuklear paling moden dan paling moden dalam armada Tentera Laut Russia, berkemampuan membawa pelbagai jenis sistem persenjataan termasuk peluru berpandu hypersonik “Tsirkon.” — DSA

Comments
Loading...