(DEFENCE SECURITY ASIA) – Negara jiran kita, Filipina telah pun menerima lima buah helikopter Sikorsky S-70i Black Hawk versi (Combat Utility Helicopter) semalam.
Ia adalah daripada sebahagian daripada 16 buah Black Hawk CUH yang dibeli oleh Filipina daripada Amerika Syarikat tahun lepas bernilai US$240 juta (RM996 juta)
Kelima-lima helicopter Black Hawk yang pertama daripada 16 yang dibeli itu tiba di Pengkalan Udara Clark, utara negara itu.

Menurut kenyataan daripada Kementerian Pertahanan Filipina: “helikopter Black Hawk itu akan meningkatkan lagi kemampuannya untuk melaksanakan pelbagai operasi termasuk misi-misi kombat, bantuan kemanusiaan dan menangani bencana.”
Ketibaan lima daripada 16 buah helicopter kombat itu menunjukkan pembangunan angkatan tentera Filipina tidak terjejas walaupun negara itu teruk dilanda oleh penyakit COVID-19.
Dua bulan lepas, Presiden Rodrigo Duterte mengumumkan peningkatan sebanyak 11 peratus belanjawan pertahanan negara itu untuk menangani masalah keselamatan dan keganasan di negara itu sejak sekian lama.

Kelima-lima helicopter Black Hawk yang dibuat oleh anak syarikat Lockheed Martin bernama “PZL Mielec” tiba di Pengkalan Udara Clark, Manila menaiki pesawat kargo Antonov AN-124 Ruslan, menurut akaun Facebook Kedutaaan Poland di Filipina.
PZL Mielec adalah anak syarikat Lockheed Martin yang berpengkalan di Poland.
Menurut kedutaan Poland di Filipina, sebuah lagi helikopter Black Hawk dijangka akan dihantar ke negara Asia Tenggara itu akhir tahun ini.
Kesemua penghantaran helikopter Black Hawk (10 buah lagi) dijangka akan selesai pada tahun depan.
Comments are closed.