Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Saksikan Serangan Dron Berani Mati Hezbollah Musnah Sistem Pertahanan Udara “Iron Dome” Israel

(VIDEO) Video sepanjang 1.53 minit itu menunjukkan bagaimana serangan dron-dron berani yang tidak dinyatakan jenisnya tetapi dipercayai dibekalkan oleh Iran oleh pejuang Hezbollah telah berjaya menembusi sistem pertahanan udara di utara Israel untuk membedil sasarannya dengan tepat.

1,945

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kumpulan bersenjata Hezbollah telah menyiarkan video serangan dron-dron berani mati terhadap sebuah kedudukan tentera Israel di utara negara itu yang menyaksikan kejayaannya memusnahkan penempatan bateri sistem pertahanan udara “Iron Dome” milik negara Yahudi itu.

Video sepanjang 1.53 minit itu menunjukkan bagaimana serangan dron-dron berani yang tidak dinyatakan jenisnya tetapi dipercayai dibekalkan oleh Iran oleh pejuang Hezbollah telah berjaya menembusi sistem pertahanan udara di utara Israel untuk membedil sasarannya dengan tepat.

Hezbollah melancarkan sekurang-kurangnya tiga dron berani mati dilengkapi bahan letupan terhadap penempatan tentera Israel itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Hezbollah, serangan dron-dron berani mati yang dilengkapkan dengan bahan letupan itu mensasarkan pangkalan tentera Israel di Beit Hillel utara negara itu dan memusnahkan penempatan sistem pertahanan udara “Iron Dome” yang baru sahaja dibina oleh tentera Israel.

Kumpulan pejuang yang disokong oleh Iran itu menyatakan serangan itu telah mengenai sasarannya dengan tepat, menyebabkan fungsi dan operasinya lumpuh.

Hezbollah juga menyatakan, mereka bukan sahaja berjaya memusnahkan penempatan bateri sistem pertahanan udara “Iron Dome” di penempatan tentera Israel di Beit Hillel, tetapi juga berjaya menyerang lokasi di mana anggota-anggota tentera Israel sedang berkumpul di tengah-tengah penempatan tentera itu.

Berikutan kemusnahan sistem pertahanan udara “Iron Dome” di penempatan tentera Beit Hillel, tentera Israel cuba menembak jatuh dron-dron berani mati dilancarkan oleh pejuang Hezbollah itu menggunakan pesawat pejuang F-16 tetapi usaha mereka menemui kegagalan.

Kemusnahan bateri sistem pertahanan udara “Iron Dome” tu memaksa tentera Israel menggunakan pesawat pejuang F-16 dalam usahanya untuk menembak jatuh dron-dron berani mati Hezbollah itu tetapi usaha mereka gagal.

Video kegagalan pesawat pejuang F-16 Israel menembak jatuh dron berani mati Hezbollah itu telah viral dalam media-media sosial di negara itu dan negara-negara Arab.

Dron-dron berani mati dilancarkan oleh Hezollah meneruskan penerbangan dan membedil penempatan tentera Israel di Beit Hillel.

Dron
Dron Hezbollah menuju ke arah penempatan tentera Israel.

 

Selain menyerang penempatan tentera di Beit Hillel, pejuang-pejuang Hezbollah turut menyerang pnempatan haram penduduk Yahudi di Kiryat Shmona dengan bedilan roket-roket Kaytusha dan Falaq.

Serangan roket terhadap penempatan penduduk haram Yahudi di Kiryat Shmona itu telah menyebabkan kebakaran hutan besar-besar di kawasan berbukit-bukau yang mengelilingi kawasan penempatan haram di utara Israel.

Ia adalah serangan pejuang Hezbollah yang ke-lapan dalam tempoh 24 jam semalam.

Pada Mac lalu, pejuang-pejuang Hezbollah turut melancarkan dron-dron berani mati dilengkapi dengan bahan letupan untuk menyerang lokasi penempatan sistem pertahanan udara “Iron Dome” milik Israel di Kfar Blum, utara Israel.

Sebelum ini, Hezbollah turut melaporkan kejayaan pejuang-pejuang mereka menyasarkan lokasi-lokasi penempatan sistem pertahanan udara “Iron Dome” di utara Israel.

Dron
Pesawat pejuang F-16 Israel cuba menembak jatuh dron berani mati Hezbollah tetapi gagal.

Dron

Bagi penganalisis dan media-media Israel, apa yang lebih membimbangkan bagi mereka adalah kejayaan pejuang-pejuang Hezbollah melakukan penerbangan-penerbangan dron Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) di utara negara untuk mengenalpasti dengan tepat kedudukan sistem pertahanan “Iron Dome”.

Penganalisis tentera dan keselamatan Israel sebagaimana dipetik oleh media-media negara itu menyatakan kebimbangan bagaimana dron-dron ISR Hezbollah itu dengan mudah menceroboh ruang udara utara Israel dan merisik lokasi-lokasi penting tentera Israel termasuk penempatan sistem pertahanan udara “Iron Dome.”

Selepas penerbangan-penerbangan dron ISR itu, pejuang Hezbollah akan melancarkan serangan dron-dron berani mati dilengkapi bahan letupan terhadap sasaran-sasaran yang telah dikenalpastinya itu. — DSA

Comments are closed.