(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pembentangan Belanjawan 2021 hari ini menyaksikan kerajaan memperuntukan RM32.7 billion kepada sektor keselamatan dan ketenteraan awam atau 10.1 peratus daripada keseluruhan RM322 bilion peruntukan belanjawan.
Kementerian Pertahanan akan memperolehi kira-kira RM15.8 billion manakala Kementerian Dalam Negeri pula RM16.8 billion.
Peruntukan Kementerian Dalam Negeri meningkat kira-kira RM1 bilion berbanding setahun lepas.
Belanjawan 2021 dibentangkan oleh Menteri Kewangan di Dewan Rakyat petang tadi.
Untuk memastikan aspek penyelenggaraan kelengkapan ketenteraan sentiasa berada ditahap terbaik, peruntukan untuk penyelenggaran ditingkatkan ke RM2.3 bilion berbanding hanya RM2 bilion pada tahun ini.
Peruntukan pembangunan untuk Kementerian Pertahanan meningkat ke RM4.5 bilion berbanding RM3 bilion sebelumnya.
Peruntukan pembangunan ini penting kerana daripada peruntukan pembangunan inilah akan digunakan untuk memperolehi aset-aset baharu.
Pecahan peruntukan pembangunan tentera darat adalah RM1.12 bilion, RM1.193 bilion untuk tentera laut dan RM1.49 bilion untuk tentera udara.
Sementara itu, peruntukan pembangunan untuk Kementerian Dalam Negeri adalah sebanyak RM3.158 bilion berbanding RM3 bilion sebelum ini.
Polis akan mendapat peruntukan pembangunan sebanyak RM1.6 bilion manakala APMM pula kira-kira RM800 juta.