(DEFENCE SECURITY ASIA) – “China kini memiliki angkatan laut terbesar di dunia,” menurut laporan “China Military Power 2020” yang dikeluarkan oleh Pentagon baru-baru ini.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pentagon itu, Beijing membelanjakan berbillion dollar setiap tahun untuk membina angkatan laut yang ampuh bagi membantu menegakkan lagi dasar luar negara Komunis itu.
Laporan itu mendakwa pada ketika ini China memiliki kira-kira 350 buah kapal perang terdiri daripada bot-bot peronda peluru berpandu, korvet, frigate dan destroyer yang diletakkan di pengkalan-pengkalan lautnya.
Pengkalan lautnya terletak di medan (theatres) selatan, timur dan utara.

Kebanyakkan kapal-kapal perang China adalah platform pelbagai guna iaitu ia adalah kapal perang yang moden dan dilengkapi dengan kemampuan untuk melaksanakan misi-misi anti kapal, anti udara dan anti-kapal selam.
Kekuatan angkatan laut China ini turut meliputi 52 kapal selam berkuasa nuklear dan kapal selam (attack submarine) penyerang berkuasa diesel.
Pada ketika ini juga, Beijing memiliki dua buah kapal pengangkut pesawat iaitu, Shandong dan Liaoning dan sedang di dalam proses membina dua lagi kapal pengangkut pesawat sebagaimana di dakwa oleh penganalisis pertahanan China.

Di dalam beberapa tahun, bilangan kappl pengangkut pesawat China bakal mengatasi kapal pengangkut pesawat yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.
Ok sekarang ini kita bandingkan pula dengan apa yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.
Pada ketika ini, negara Uncle Sam memiliki 293 buah buah kapal perang sehingga pada 2020.
Comments are closed.