Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video] Russia Lancar Ujian Peluru Berpandu Anti-Satelit “Gazelle”

0 487

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Russia telah menjalankan ujian pelancaran sistem peluru berpandu 53T6M di lapang sasar Sary-Shagan di Kazakhstan, semalam.

Sistem peluru berpandu yang diuji semalam menurut penganalisis senjata Barat dikenali sebagai “Gazelle” yang berfungsi untuk menangkis serangan peluru berpandu ballistik terhadap Russia.

Ujian pelancaran semalam dikatakan adalah sebahagian daripada usaha Russia untuk menambah baik sistem peluru berpandu yang ditugaskan untuk mengawal ruang udara ibu negaranya, Moscow daripada sebarang serangan peluru berpandu balistik pihak musuh.

Gazelle
Pelancaran peluru berpandu “Gazelle” di lapang sasar Sary Shagan, Kazakhstan. (sumber internet)

“Gazelle” juga dikatakan berfungsi untuk menembak jatuh satelit-satelit pihak musuh sekiranya perang tercetus pada masa depan.

Sistem peluru berpandu “Gazelle” itu yang mampu membawa peledak nuklear mempunyai kemampuan untuk meluncur setinggi 100km ke udara, cukup untuk memusnahkan satelit-satelit pengintip musuh serta peluru berpandu balistik.

Dikatakan sistem peluru berpandu “Gazelle” ini juga menjadi asas kepada pembangunan sistem peluru pertahanan udara S-500 “Prometheus”

Rakaman pelancaran peluru berpandu “Gazelle” di lapang sasar Sary Shagan, Kazakhstan. (sumber Tass)

Pihak Amerika Syarikat telah menyuarakan kegusarannya terhadap tindakan Russia dan China dalam membangunkan sistem-sistem peluru berpandu anti-satelit.

Pada 2018, China telah menguji sistem peluru berpandu DN-3 terhadap peluru berpandu balistik jarak sederhana.

Sistem DN-3 itu juga mempunyai kemampuan untuk menembak jatuh satelit-satelit musuh China.

Pengarah Jabatan Perisikan Kebangsaan Amerika Syarikat Dan Coats pada 2018 berkata, Moscow dan Beijing telah membangunkan senjata anti-satelite untuk melemahkan keberkesanan tentera Amerika Syarikat.

Gazelle
Pelancar bagi peluru berpandu “Gazelle”. (sumber internet)

“Berdasarkan kepada analisis kami, sekiranya berlaku konflik melibatkan Russia dan China pada masa depan, kedua-dua negara akan menjustifikasikan serangan terhadap satelit-satelit milik Amerika Syarikat dan sekutunya untuk mengekang kelebihan ketenteraan yang dimilikinya,” katanya.

Dalam peperangan masa kini, tanpa satelit diibaratkan seperti “buta dan pekak” bagi sesebuah angkatan tentera.

Peranan satelit bagi sesebuah angkatan tentera adalah amat penting, menjadikannya sasaran kepada pihak musuh.

Sary Shagan
Lapang sasar pelutu berpandu anti balistik Russia di Sary Shagan, Kazakhstan. (sumber internet)

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...